Matlamat

Pengenalan kami
INA MURNI ENTERPRISE
produk berkualiti keutamaan kami

Matlamat utama kami dan IKS Malaysia

Matlamat kami di Ina Murni Enterprise untuk jadikan produk perusahaan IKS di Malaysia setanding dan setaraf sehinga menembusi pasaran luar negara.

Selamat datang dari kami ucapkan

Selamat datang ke gerai kami di Lokasi Ina Murni Enterprise strategik terletak di tepi Jalan besar menuju ke arah Sg Besar berada di alamat Peket 60, Lorong Laverda, Sg Nipah, Sungai Besar, Selangor. Kami juga sedia menerima tempahan dan pembekal produk aneka kerepek murah di Sungai Besar, aneka rempeyek, Aneka Biskut Raya moden dan tradisional, Aneka Kerepek, Aneka Kek dan Bahulu Kemboja, kueh loyang sepit, maruku, kueh siput, kuih karas dll bagi memenuhi keperluan dan permintaan tempahan biskut secara pukal untuk hari raya atau bila - bila masa mengikut tempahan Doorgift / Goodies Bag, Serta berita info produk perusahaan dan tentang IKS Malaysia.

Page halaman kami di Ina Murni Enterprise
okjektif utama kami


Sebagai menyeru saranan kerajaan supaya kaum wanita dapat menjana sumber pendapatan isi rumah sendiri serta juga dapat membantu meringankan beban suami, jesteru itu maka pihak kami telah merancang menubuhkan sebuah IKS di kampung Peket 60 Sungai Besar.

Sebab utama kami


Di dorong sumber bahan mentah yang mudah didapati di sekeliling dan dapat juga membantu para petani memasarkan produk mereka dan juga sumber pendapatan kaum ibu menambah sumber pendapatan yang halal.

Harapan dan cita kami


Industri pengeluaran makanan yang diusahakan dijangka mempunyai potensi untuk berkembang bukan sekadar pasaran tempatan, malah kami bercita cita mengembangkan hingga ke pasaran luar dan global, inshaallah. 

Okjektif penulis blog


Mengikut arus teknologi serta perkembangan semasa, begitu juga perusahaan IKS di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan medium online sebagai pemasaran produk mereka ke peringkat yang lebih jauh. Saya hanya sebagai penulis pena sahaja. Segala entri sejarah dan kod pergi ke ruangan Diari .

Ingin tahu lebih lanjut


Jika ingin tahu lebih lanjut atau sebarang info tentang kami, boleh hubungi di talian dan page kami di bawah ini.

Pergi ke pautan >> HUBUNGI

Ingin pergi ke premis kami, sila lawati >> LOKASI