Rabu, Ogos 01, 2018

Arinasona Seafood Sungai Besar Makan Malam Disini

Arinasona Seafood Sungai Besar - Cari tempat makan menarik malam ni, Isteri tak masak sebab penat, saya bawa isteri dan anak makan kat sini di Arinasona Seafood, lokasi dekat dengan lampu trafik simpang empat bersebelahan dengan surau dan berhadapan pusat servis produa. Kedai ala Thai dan masakan seafood seperti nasi goreng, mee, kueytiaw dan pelbagai jenis sup, tomyam dan sebagainya, tak sangka kat sini pun ada hidangan nasi ayam. Jam dah pukul 8.15 pm memang masa orang dah mula cari makan malam, pilihan restoran banyak di Sungai Besar ni, kalau anda semua nak makan nasi ayam hainan boleh berkunjung di sini - Restoran FS Nasi Ayam Hainan Dan Mee Lokasinya juga berhampiran kawasan disini. Jom Makan dan berkunjung yea.

Suasana Depan Arinasona Seafood >

Arinasona Seafood
++ Trademark kedai penuh lampu

Kedai yang terang benderang dengan lampu macam ni kebiasaannya buka waktu malam hingga lewat malam dan ada juga sampai pagi, kebiasaan waktu siangnya tutup. Macam kelawar waktu malam, diorang keluar waktu malam, pagi dan siang tidur haha.

Muka Depan Buku Menu >

++ Tengok gambar udang dah sedap

Tengok gambar udang dah terliur dah, kalau ada udang galah besar tu, macam mana lah gamaknya dan menariknya, kad menu ni bapak tebalnya, mungkin tahan lama sedikit berbanding kertas yang boleh terkoyak sana sini. Saya tengok kad menu ni macam dah lama sangat rasanya, sebab pernah makan kat sini dulu tahun 2015 tak silap rasanya.

Menu harga Arinasona Seafood
++ Antara menu dan harga

Lihatlah harga makanan yang terpapar, menu banyak ni yang buat bingung nak pilih yang mana satu jadi santapan mata satu hal dan selepas itu santapan mulut la pula yea. Nak makan nasi ayam baru ituhari dah makan nasi ayam, perut pun kenyang lagi sebenarnya saya makan kenduri rumak makcik petang tadi, hmm cari makanan selain nasi yang ringan sikit.. jadi saya order makan seperti dibawah ni.

Saya Order Kueytiaw Kung Fu >

++ Kueytiaw Kung Fu Jom Makan

Kalau di Arinasona Seafood kebiasaan saya makan kueytiaw Kung Fu, nak juga rasa makanan bela diri ni, Nak order yang silat punya, diorang kata tak ada menu tu.. Kung Fu Pun Kung Fu la, yang penting perut berisi malam ni. Kuah dia pekat berlendir, kalau yang tak suka benda berlendir tak payah la korang pesan menu ni. Kueytiaw ni sebenarnya digoreng salut tepung dulu pastu baru masak dengan kuah dia, campur sayur kailan, lobak, kubis ada telur, udang, ayam, sotong meriah juga makanan ini. Tak pedas langsung saya pesan sambal belacan.

++ Tak Pedas boleh Order Sambal Belacan

Entah sambal belacan dia kurang ummp, banyak bawang dari belacan, tak rasa macam sambal belacan pun ada.. belacan mahal kot. Jom makan.. Saya dah habis makan kat Arinasona Seafood ni, sempat juga sembahyang isyak berjemaah kat surau sebelah je, jalan kaki pun sampai.

Selain dari tempat ni kedai Tomyam juga yang saya dah terjah di Lokasi - Mai Makan Tomyam Sungai Besar pun tak jauh dari sini, kalau jalan kaki ikut belakang rasanya 3 minit sampai dah. Konsep dia pun sama macam ni, sajian ala thai, Di Arinasona Seafood ni ada juga somtam makanan kerabu mangga campur udang kering dan cili, makan dengan nasi panas perg memang kecur air liur dibuatnya.

Tag : Jom Makan

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon