Ahad, Julai 29, 2018

Restoran FS Nasi Ayam Hainan Dan Mee Sungai Besar

Restoran FS Nasi Ayam Hainan Dan Mee - Jom makan, dah lama tak Review makan dan lokasi tempat makan  dalam blog ini. Berlokasi di 'Sungai Besar' dan kalau nak makan nasi ayam hainan kat sini la tempatnya. Nak cari tempat dan lokasi restoran nasi ayam ni senang je, dekat belakang Pejabat Pos sebaris jalan dengan Maybank dekat hujung jalan sedikit belah kanan. Kawasan sekitar disini banyak kedai jual hp dan gadget dan barangan elektrik. Ada masa susah juga nak cari paking kereta sebab penuh. Buka jam 9 pagi sampai jam 10 malam. Menu utama sudah semestinya nasi ayam dan selain itu mee, kalau anda nak teringin sangat makan nasi ayam hainan boleh la berkunjung kat sini yea. Selain itu pernah juga review makanan sekitar kawasan ini, Baca - Mai Makan Tomyam sungai Besar lokasi tepi jalan besar.

Restoran FS Nasi Ayam Hainan Dan Mee >

Restoran Nasi Ayam Hainan
++ Depan Restoran Fs  Nasi Ayam

Keadaan kawasan sekitar dan dekorasi depan kedai ringkas dan cantik, ada menu dan gambar makanan pada dinding dalam restoran, ini adalah permandangan waktu malam, teringin saya nak makan nasi ayam kat sini, kawasan Sungai Besar ni tak banyak restoran yang buat nasi ayam hainan, kebanyakan restoran adalah seafood dan masakan thai, kedai mamak dan melayu, kalau nak rasa nasi ayam hainan khas di kawasan di sekitarnya dan inilah tempatnya, Jika teringin nak makanan barat serta western boleh juga singgah sini - Corner Kick Cafe Sungai Besar kami layan chikenchop, satay  ayam pon ada kalau anda teringin nak makan, Jom Makan.

Dalam Restoran FS Nasi Ayam Hainan Dan Mee >

Permandangan Dalam Restoran
++ Dikunjungi ramai pelanggan

Ramai pula yang berkunjung nak makan nasi ayam malam ni, satu keluarga besar pun ada, tempat makan pun selesa, cukup ruang tempat duduk dan meja warna warni, merah kuning macam tema negeri selangor pula, Saya rasa macam nak makan mee, tapi teringin nak makan nasi ayam pula.. ohh dalam dilema. Dibawah ada gambar menu, set menu makanan tak banyak pilihan, yang ada nasi ayam dan kuah sup wantan, asam laksa, mee soup/kari, bihun soup/kari, kue tiow soup/kari dan wantan goreng, emm sedapnya, untuk yang makan banyak sikit boleh buat tambahan seperti ayam lebih, taufu, tauge, nasi dan macam macam lagi, jangan risau yea. Cerita bab kari ni ada satu tempat menarik kawasan sekitar sini iaitu - Mee kari udang lipan Sg Besar , terjah la yea pengemar mee kari semua.

Menu Pelbagai Set Nasi Ayam >

Menu Nasi Ayam Hainan
++ Boleh rujuk gambar menu nasi ayam

Boleh lihat menu yang dipaparkan diatas ni, nasi ayam mengikut set dan juga menu tambahan yang ingin lebih. Set A lebih lengkap dengan soup wantan, tauge sekali dengan air . Set B cuma ada Soup tiada wantan dan juga air. Set C nasi ayam sahaja tiada tauge dan soup wantan dan air. Harga boleh rujuk gambar pada menu diatas ni. Bahagian ayam pun lain harga dia, peha ayam lebih mahal sedikit dan tambah la 0.50 je, tak mahal sangat lagi.. siapa suka makan drums boleh la pilih yea.. betul ke drums tu peha haha.

Saya Order Set A Sekali Air >

Nasi Ayam Hainan
++ Saya Order Set A Nasi Ayam Hainan

Nasi ayam hainan ni tak pedas sangat sambal dia, budak yang tak tahan pedas pun boleh makan, nasi dia ok ada rasa aroma bau nasi ayam, daging ayam dia pun lembut je bila nak makan, rasa macam makan ayam bakar yang berjus gitu, rasa macam minyak bijan dan kicap menambah lagi selera. Togey dia pun sedap sebab rangup rasa macam ada letak lada hitam, bukan macam kedai mamak yang masak togey sampai lembik, sup wantan yang rasa ringan je tak banyak sangat bahan perasa. Sambal cili je kurang pedas, bagi yang suka makan pedas rasanya sambal itu tidak menepati selera mereka. Kalau tahap kepedasan ditambah saya rasa lebih lagi sedapnya. Semua hidangan diatas memang ngam untuk makan seorang, kalau nak bawa family kat sini pun ok je, Saya makan kat sini bayar RM8.70 siap dengan air jus tembikai, Jom makan yea semua.

Tag : Jom Makan

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

10 comments

Wah, boleh la nanti cuba nasi ayam hainan

Nasi Ayam Sungai Besar ni sedap, cubalah nasi ayam hainan restoran fs ni

Saya pun suka makan nasi ayam hainan..tapi jauh sangat nak pergi sampai ke Selangor ni..hihi

Nasi ayam, Bro pun suka lebih lagi kalau nasi ayam hainan lagi la Bro Suka.

Kalau datang Sungai Besar boleh la rasa nasi ayam hainan:)

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon