Sabtu, November 07, 2015

Resepi Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk - Salam sejahtera semua, kategori kuih muih tradisi yang saya suka ialah Kuih Cara Berlauk, Resepi Masakan inilah juadah minum petang sesuai bagi seisi keluarga. Bagi kuih cara berlauk ini sangat sesuai di makan bila-bila masa. Kalau tidak habis dimakan boleh dijadikan sarapan pagi. Resepi ini mudah sahaja dan kalau anda ingin mencuba dan merasa itu bolehlah membuatnya sendiri. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan.

Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk
Hidangan saiz dan gambar kuih cara berlauk

Resepi Masakan : Kuih Muih Tradisi

Bahan dan buat kuih cara berlauk

Bahan untuk inti
  1. 200 gm daging kisar
  2. 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  3. 2 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 sudu besar udang kering
  6. Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  7. Garam dan sedikit gula


Bahan adunan tepung
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  3. 1 biji telur
  4. Pewarna kuning
  5. Sedikit garam


Cara buat kuih cara berlauk

Penyediaan bancuhan inti
  1. Blend atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk, masukkan rempah kari yang di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak dan bau.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air dan jika perlu masak hingga daging itu empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap, boleh angkat dan ketepikan dahulu.


Penyediaan bancuhan tepung
  1. Pukul telur  bersama garam.
  2. Masukkan tepung dan santan berselang-seli.
  3. Kacau hingga rata, kalau berketul, terpaksalah tapis dahulu adunan.
  4. Titikkan sedikit pewarna, kacau rata.


Cara masak kuih cara berlauk
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih cara berlauk tadi masak.
  5. Keluarkan dari acuan dan bolehlah untuk dihidangkan.


Kuih cara berlauk ini banyak juga peniaga bazar atau pasar yang menjualnya. Resepi dan cara memasak anda boleh pilih tahap kepedasan dan rasa selera yang sesuai. Semoga perkongsian ini bawa manfaat bagi yang ingin mencuba kuih cara berlauk dan membuatnya.

Tag : Masakan

Baca : Resepi Kuih Cara Berlauk - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 27-Masakan340>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon