Khamis, November 05, 2015

Resepi Bingka Bakar Ubi Pandan

Resepi Bingka Bakar Ubi Pandan - Salam satu Malaysia, nak kongsi satu resepi kuih tradisi untuk kali ini ialah bingka bakar mini yang dibuat oleh makcik saya di Klang Selangor, kebiasaan bagi Resepi Masakan untuk kuih bingka bakar ubi pandan itu di letak pada bekas loyang yang besar dan bila sudah sejuk barulah dipotong mengikut saiz dan kesesuaian selera masing masing, ada yang suka tabur bijan, bingka bakar ubi kami saiznya agak kecil sedikit dan sangat ngam dimulut juga tanpa bijan. Bingka bakar berasas ubi kayu berperisa aroma bau daun pandan sangat menambah seri dan rasa kuih bingka bakar yang asli.

Bingka Bakar Ubi Pandan

Resepi Bingka Bakar Ubi Pandan
Kuih Bingka Bakar

Resepi Masakan - Kuih Muih Tradisi

Bahan dan cara buat bingka bakar ubi pandan

Bahan-Bahan
  1. 4 cawan ubi kayu kuning yang telah diparut/sagat 
  2. 3/4 cawan gula pasir
  3. 2 cawan santan pekat
  4. sedikit garam 
  5. sagu dari ubi kayu
  6. Sedikit perisa warna daun pandan


Cara-cara buat bingka bakar ubi pandan
  1. Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan dahulu.
  2. kemudian sagat ubi dengan sagat kelapa.
  3. setelah habis sagat perah ubi dengan kain bersih untuk mengeluarkan airnya.
  4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang. Biarkan 20 minit di dalam mangkuk atau besen.
  5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu pati akan mendap di dasar besen.
  6. kemudian campur ubi kayu dan sagu, gula, garam, santan dan perisa pandan.
  7. Gaul hingga sebati dan tuang adunan dlm acuan yg telah disapu degan minyak kelapa atau butter yang dipanaskan.
  8. Bakar bingka dalam oven boleh guna acuan baulu atau juga guna loyang jika nak saiz yang besar.


Itulah serba sedikit resepi bingka bakar ubi pandan yang sempat saya kongsikan. Bingka bakar yang bersaiz kecil lebih mudah dimasak dan cepat serta lembut di dalam dan diluar sedikit keperangan warna ia dibakar. Bingka ubi ini sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang untuk seisi keluarga, selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi Bingka Bakar Ubi Pandan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 26-Masakan338>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon