Sabtu, November 07, 2015

Nasi impit rendang daging pedas

Nasi impit rendang daging pedas - Masa sambutan shawal dan juga perayaan hari raya, rendang daging adalah satu kemestian masakan yang kemestian kebanyakan orang akan buat, makan bersama nasi impit, ketupat dan juga sesuai juga makan dengan lemang. Resepi Masakan untuk kali ini nak kongsi cara buat nasi impit bersama lauk rendang daging pedas yang dibuat makcik saya di Klang, nasi yang dibalut dengan daun pisang menaikkan aroma bau dan rasa nasi impit itu tadi, dibawah kami beri satu menu untuk dikongsikan serta cara buat dan juga resepinya.

Nasi impit rendang daging pedas

Nasi impit rendang daging pedas

Resepi Masakan - Rendang

Bahan dan cara buat rendang daging

Bahan-bahan
  1. 900 grams daging lembu
  2. 5 ulas bawang merah*
  3. 1 labu bawang putih*
  4. 6 batang serai*
  5. 1 ketul  halia sederhana besar*
  6. 1 ketul lengkuas sederhana besar*
  7. Kunyit hidup sebesar ibu jari*
  8. Satu paket serbuk kari
  9. tangkai cili api + 10 tangkai cili kering ( dikisar basah )
  10. 1 mangkuk santan
  11. Daun kunyit ( disiat-siat )
  12. Garam dan gula secukupnya


Cara memasak rendang daging
  1. Potong daging sederhana besar kemudian dibasuh bersih dan dituskan,Ketepikan
  2. Kisar basah bahan - bahan yang bertanda " * " lalu ketepikan
  3. Panaskan  minyak tumis bumbu yang telah dikisar tadi hingga naik bau dan agak garing.
  4. Tumiskan cili  kisar hingga  pecah minyak.
  5. Masukkan daging  masak dan kecutkan sekejap boleh masukkan serbuk kari.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta kacau sebati.
  7. Masukkan santan dan Daun kunyit, masak hingga daging empuk dan sampai sedikit kering


Boleh dimakan dengan nasi impit, nak buat nasi impit, masak nasi lembek sedikit, dah masak lenyek nasi tadi hingga hancur. Padatkan nasi lenyek tadi pada daun pisang dan biarkan ia sejuk. Sudah sejuk boleh potong dadu nasi impit itu tadi dan makan dengan rendang daging pedas.

Nasi impit juga sesuai dimakan dengan kuah kacang atau sambal kacang. Tapi saya suka makan nasi impit bersama rendang daging pedas, boleh juga sambal tahun yang pedas, masak kicap serta sambal merah. Jika ingin nasi impit tahan lama, boleh simpan dalam peti sejuk. Diharap perkongsian ini bawa manfaat pada anda semua yang ingin membuat sendiri resepi nasi impit rendang daging pedas.

Tag : Masakan

Baca : Nasi impit rendang daging pedas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 27-Masakan341>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

1 comments so far

Terimakasih sudah mau kongsi resep masakan enak dan sedap. Saya sudah membaca itu dan ini sangat bagus sekali.

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon