Ahad, November 15, 2015

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa - Masakan kali ini ialah kombinasi hebat antara bahan seperti mee, kuey tiaw bersama sup ayam ringkas dengan sambal kicap lagi istimewa makan dengan racikan ayam goreng menjadikan mee kuey tiaw sup ayam ini sangat istimewa dan sedap, nak tambah sedap lagi taburkan bawang goreng lebih harum dan wanggi. Resepi Masakan ini citarasa disukai makcik saya yang buat secara ringkas, senang dan yang penting inshaallah ia mudah dibuat untuk hidangan anda itu nanti, selamat mencuba masakan ini yea.

Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa


Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
Makan panas panas sedap sup ini

Resepi Masakan : Sup / mee / Kuey tiaw

Bahan bahan nak buat Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa

Bahan untuk sup
  1. 1/4 ekor ayam / bahagian tulang seperti leher, selangka, kaki
  2. 1 sup bunjut adabi
  3. 1 biji bawang besar - hiris nipis
  4. 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  5. 1 inci halia - hiris halus
  6. 1 pokok daun sup - cincang kasar
  7. Air secukupnya
  8. Sedikit bawang goreng, untuk tabur akhir

Bahan asas penting
  1. 1 pek / bag mee segera
  2. 1 pek kuey tiaw basah

Bahan untuk goreng ayam
  1. 1/2 bahagian daging, untuk digoreng.
  2. Sedikit Serbuk Kunyit
  3. Garam
  4. Minyak masak

Bahan sambal kicap
  1. Sedikit cili padi
  2. Kicap


Cara Masak Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa
  1. Masukkan semua bahan untuk sup kecuali daun sup ke dalam periuk dan didihkan di atas api.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa serta kacau hingga rata.
  3. Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana besar, perlahan sehingga tulang ayam itu sedikit empuk. 
  4. Masukkan daun sup, kacau rata. boleh tutup api dan siap untuk sup kita buat mee dan kueytiaw pula.
  5. Celurkan mee, kueytiaw dengan air panas dan toskan, siap.
  6. Ayam pula, perap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam lalu goreng garing, angkat boleh racikkan isi ayam itu tadi, siap.
  7. Sambal kicap lagi mudah, tumbuk cili padi campur kicap, siap.


Sedia untuk dihidangkan, tabur bawang goreng sedikit, campurkan 4 bahan yang sudah dimasak tadi siap sudah menu resepi masakan kombinasi hebat hidangan mee kuey tiaw sup ayam istimewa.

Selamat mencuba yea, terima kasih sudi baca.

Tag : Masakan

Baca : Mee Kuey tiaw Sup ayam istimewa - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 30-Masakan349>www.inamurni.com Copyright © 2015

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih
EmoticonEmoticon