Rabu, November 18, 2015

Masakan Sambal Hitam Pahang

Masakan Sambal Hitam Pahang - Berkongsi sedikit info tentang asal usul serta Resepi Masakan bagi sambal hitam dari asal negeri Pahang darul Makmur yang sangat terkenal dan disukai bagi semua kebanyakan rakyat disana. Bagi orang yang berasal dari negeri Pahang tengah, masak sambal hitam adalah menu yang wajib disukai dan digemari selain dari gulai tempoyak, gulai serong dan sebagainya. Sudah lama saya menetap dan tinggal di kawasan felda Jengka22, Pekan Bandar Pusat berada di tengah negeri Pahang Darul Makmur.

Sejarah bagi sambal hitam pahang

Sambal hitam Pahang
Contoh gambar sambal hitam

Pembuka selera ini cukup dikenali sebagai Sambal Hitam yang sangat terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh juga dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya. Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah sumber pendapatan penduduk setempat.


Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Masakan dan penyediaan untuk membuat sambal ini juga sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.

Kita Imbau masa lampau zaman orang tua dulu kala bagi sambal hitam ialah dari segi ketahanan makanan itu sendiri, semua orang maklum pada zaman itu belum wujud lagi peti sejuk bagi untuk mereka menyimpan makanan dan masakan mereka, belimbing buluh yang sudah direbus bersama garam hingga berwarna coklat jadi awet untuk senang disimpan dalam bekas menjadi seperti perkasam serta tahan agak lama dan mudah untuk dimasak. Bila waktu yang sesuai untuk dimasak sahaja tinggal ambil sahaja belimbing buluh yang sudah berwarna hitam itu jadilah masakan sambal hitam Pahang yang hebat dan pedas, masam, masin serta cukup rasa dan yang penting ia sangat sedap.

Bahan penting yang wajib pada sambal hitam Pahang

Buah Belimbing buluh
Buah belimbing buluh
Contoh gambar buah belimbing buluh

Antara bahan terpenting untuk membuat sambal hitam ialah belimbing buluh yang rasanya sangat masam, bahan wajib ini rasanya sangat baik untuk awet supaya tahan lebih lama, banyak tumbuh di kampung dan sesuai sangat dengan iklim di Malaysia termasuk di negeri Pahang itu sendiri. Masakan lain seperti asam ikan, sambal belacan dan Sayang bagi buah ini akan gugur dan busuk jika tidak dipetik lalu di buat dan dijerukkan menjadi warna perang coklat untuk dibuat sambal. Diatas gambar pokok dan buah belimbing buluh bagi yang tidak mengetahui langsung akan tumbuhan dan kewujudan pokok tersebut.

Ikan Bilis
Ikan bilis segar
Gambar contoh ikan bilis terbaik

Belimbing buluh hitam bercampur dengan ikan bilis untuk lauknya, sangat sesuai masin kombinasi terbaik rasa masam dan manis ikan bilis, nak sedap carilah ikan bilis yang bagus dan berkualiti nescaya sambal hitam itu menjadi sangat sedap. Ikan bilis hendaklah ditumbuk separa halus dan yang sedang sahaja yang penting ia setia huhu.. Macam lagu dan melodi. Tumbuk sedang sebelum itu buang taik ikan bilis, nanti pahit pula sambal hitam yang ingin kita masak. Rendam ikan bilis pada air untuk melembutkan sedikit untuk mengurangkan masin serta mudah ditumbuk separa lumat. Suka akan ikan bilis boleh letak banyak sedikit ikan bilis, baru sedap.

Cili padi
Cili padi yang segar
Cili padi yang segar

Kalau tiada cili padi, tidak sedap akan sambal hitam kita, lagi pula orang Pahang terkenal dengan masakan yang pedas belaka, cili padi yang kecil, bukan cili tomyam atau cili besar yang tidak pedas. Lagi pedas sangat bagus ia akan lebih sedap, tumbuk separa halus untuk tumisan sambal hitam yang terbaik dan sedap. Cili padi terpulang selera anda, suka pedas boleh lebihkan cili padi dan bagi yang tidak makan pedas sangat, boleh letak cili padi sekadar cukup rasa untuk kesesuaian anak anak anda ya, ajar ia makan masakan tradisi dari Pahang ini.

Bawang merah
Bawang merah besar
Contoh gambar bawang merah

Untuk aroma wangi tumisan kita, penting ada bawang merah antara satu bahan penting bagi sambal hitam, bau serta khasiat bawang merah yang banyak juga dapat membantu menyedapkan lagi sambal pedas hitam, ingat warna hitam putih ingat negeri Pahang. Bawang dikupas kulit, lalu ditumbuk untuk bahan menumis hingga naik bau.

Kicap

Sedikit rasa manis, masin selain itu sedikit minyak masak, sedikit garam dan gula tumis bahan tadi, kicap terpulang minat dan citarasa anda, banyak jenama kicap boleh disesuaikan untuk sambal hitam kita, pilihlah kicap yang terbaik, sebab kicap boleh mengurangkan sedikit rasa pedas cili padi. Orang dulu kalau makan pedas mesti dengan kicap bagi mengurangkan sedikit rasa pedas dimulut. Kesan dari kicap selain menyedapkan makanan. Dibawah ada sedikit perkongsian dari resepi masakan sambal hitam Pahang bagi yang ingin sangat mencuba resepi dan cara membuatnya.

Sambal Hitam Pahang

Resepi Masakan : Sambal Tumis

Cara buat dan resepi Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan
  1. 10 biji belimbing buloh.
  2. 1/2 cawan cili padi
  3. 2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan serta dikupas.
  4. 6 biji bawang merah ditumbuk
  5. 5 sudu besar kicap
  6. 1 cawan minyak masak
  7. garam dan gula secukup rasa


Cara buat sambal hitam Pahang

  1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak. 
  6. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.


Cara makan Sambal Hitam Pahang

Sesuai makan dengan nasi untuk penambah selera anda, cicah dengan ubi rebus juga sangat sesuai, cicah lempeng dengan sambal hitam, cekodok atau cucur untuk minum petang bersama dengan keluarga, serius saya cakap, cekodok yang tak sedap tadi akan jadi lebih sedap kalau ia cicah dengan sambal hitam, terliur je dengarkan. Ini serius melalui pengalaman saya sendiri.

Produk Sambal Hitam Pahang

Sekarang ini lebih mudah kerana sambal hitam ini sudah mula di komersialkan dan dijual siap, buka pek terus makan. Kalau dipasar ada juga jual belimbing buluh segar dan perang, hitam yang sudah di jeruk untuk masakan dirumah. Kalau tidak tau masak atau sibuk seharian bekerja, beli yang sudah siap pek menjadi produk bagi kebangaan sambal hitam pahang dengan pek produk yang sangat menarik dan cantik. Produk dari makanan tradisi kampung yang telah dimodenkan juga sekarang sudah dijual online di internet.

Promosi Sambal Hitam Pahang Dari Dapur Mieza

Produk dari rakan lama sekolah menengah agama di sekolah pondok MIPA di Kampung Awah Chenor Pahang, selain dari ini, dia juga membuat tempahan untuk kek perkahwinan dan juga harijadi dan selain dari kek juga pelbagai jenis roti. Hari ini promosi untuk produk sambal hitam buatan tempatan dan semestinya home made dari negeri Pahang Darul Makmur.

Hubungi :
Nor Miza Mohd Razmi
013-7638087
Facebook Page :
Facebook.com/DariDapurMieza

Untuk lebih mengetahui produk ini sila klik link dibawah :
[+] Sambal hitam Dari Dapur Mieza

Semoga perkongsian masakan sambal hitam ini bawa manfaat untuk anda, selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Masakan Sambal Hitam Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 31-Masakan354>www.inamurni.com Copyright © 2015

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih
EmoticonEmoticon