Selasa, November 24, 2015

Makan di R&R Genting Sempah Pahang

Makan di R&R Genting Sempah Pahang - Perjalanan kami balik ke Jengka 22 Pahang, Kami dapat singgah dulu makan di kawasan puncak bukit genting sempah berhampiran dengan terowong dan juga tempat bersempadan antara kedua negeri Pahang dan juga negeri Selangor. Kawasan ini tempat untuk istirehat yang sangat popular bagi penguna jalan raya untuk ke pantai timur. Dekat sahaja dengan kawasan perkampungan Janda Baik juga jalan utama untuk masuk ke Genting Highland.


Kawasan R&R rawat dan rehat Genting Sempah ini juga sangat selesa, punyai tempat parking kereta yang agak luas juga bertingkat, premis dapat dilihat tahap kebersihan kedai dari segi penyediaan makanan juga banyak yang mendapat taraf gred A mengikut kategori kebersihan restoren di kawasan negeri Pahang. Gred taraf kebersihan restoren sentiasa dipantau pihak berkuasa yang berwajib. Jadi kalau nak pilih tempat makan boleh lihat dulu. Banyak juga menu masakan malam ini, masakan Pahang yang terkenal seperti ikan patin masak tempoyak, lauk pauk dan lain-lain, masakan panas juga western food selain makanan ringan. Kami makan apa kat R&R Genting Sempah ni..layan jom makan kali ini.

Jus air markisa


Pernah minum air markisa, tidak pernah minum sebab itu yang nak mencuba tu. Air yang lain semua pernah minum tapi bagi saya air jus markisa ini buat pertama kali. Serius siapa yang nak minum air markisa kena fikir dua tiga kali sebelum order.. MASAM.. Serius masam lain macam, bagi yang suka air yang masam, markisa ialah jawapanya. Minum sampai berkerut dahi hihi.. Harga jus air markisa RM4.00 dapat air super masam. Adik pula makan ikan patin masak tempoyak bersama masak lemak rebung. Masak ikan patin kat sini kurang sikit rasanya terlebih manis rasanya, satu rasa muak, biar manis ikan jangan manis gula.

Nasi goreng usa


Pernah makan sekali nasi ayam disini, sedap" itu yang nak rasa nasi goreng usa kat kedai makan ini. Nasi goreng biasa, daging masak merah rasa sedikit manis, bersama sup nasi ayam dan saya ambil sambal kicap, kebiasaan nasi goreng usa ini kurang pedas. Rasa nasi goreng usa di R&R Genting Sempah ok boleh tahan sedap, lagi pula perut lapar dan hujan dalam perjalanan tadi. Harga nasi goreng usa kat sini RM7.00 sedang tidak mahal sangat saya rasa.

Penjaja luar, kawasan sekitar


Kawasan sekitar R&R Genting Sempah kelihatan juga penjaja tepi jalan menjual buah berangan, kalau suka makan sambil berangan boleh la beli. Makan sambil berangan di perjalanan nanti haha, gurau je.. Sambung perjalanan kami dapat lihat jalan sebelah yang tanah runtuh itu sedang dalam proses dibaiki. Hujan sekejap lebat sekejap renyai, sampai Temerloh jam 10.30 sudah dekat nak sampai ke rumah. Kami sampai rumah mak jam 11 malam.. Alhamdulillah.

Memo : kawasan R&R Genting Sempah sedang dalam proses pembaikkan, ia bagi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Tag : Jom Makan

Baca : Makan di R&R Genting Sempah Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 40- Santai Riadah367>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon