Isnin, November 02, 2015

Karipap kentang sosej

Karipap kentang sosej - Siapa suka sangat makan karipap, boleh ikut resepi adik saya. Inti karipap hanya kentang dan sosej, Resepi Masakan mudah dan ringkas sahaja bagi yang ingin cuba membuatnya. Karipap yang pedas bersama adunan kentang dan sosej terbaik dari ladang.

Cerita hal karipap sejak saya kecil sampai dah besar la ni, karipap yang mak buat adalah yang terbaik. Walaupun rupa paras karipap tu tak berapa nak cantik berbanding yang dijual diluar seba saiz bagi karipap ada besar kecil bulat lonjong tapi rasanya tetap sedap sampai licin.

Karipap kentang sosej

Karipap kentang sosej

Resepi Masakan - Kuih muih tradisi

Bahan dan cara buat karipap kentang sosej

Bahan untuk kulit karipap
  1. 1 kg tepung gandum
  2. 80gm margerin
  3. air @ secukupnya
  4. sedikit garam


Bahan untuk inti karipap
  1. 10 biji kentang potong dadu.
  2. Sedikit daging ayam yang dicincang.
  3. Setangkai daun kari.
  4. Daun sup cincang.
  5. 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air.
  6. 5 batang sosej di goreng dan potong sedang.
  7. 1 biji bawang besar.
  8. 2 ulas bawang putih.
  9. Cili kisar.
  10. Garam perasa dan sedikit gula.

Cara buat karipap kentang sosej
  1. Buat doh dan bahan buat doh, uli tepung gandum,majerin, air secukupnya dan sedikit garam.
  2. Siap buat doh biar seketika dan boleh buat inti pula.
  3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar, kari ayam dan daun kari hingga naik minyak.
  4. Masukkan daging ayam cincang, bersama sosej dan kentang potong dadu tadi, masak hingga kentang lembut dan masak.
  5. Masukkan garam cukup rasa, gula dan perasa, bersama sedikit daun sup yang dicincang biar seketika dah siap untuk inti karipap proses seterusnya.
  6. Doh tadi bulatkan segengam, leperkan guna pengguling, letak inti ditengah dan lipat. Untuk mudah beli acuan karipap sebab ada jual dikedai bagi yang tidak tahu nak melipat karipap mengunakan tangan.
  7. Panaskan minyak masak, boleh goreng hingga kekuningan boleh angkat dan toskan.


Boleh makan panas-panas, jika anda suka karipap sedikit liat boleh kurang sedikit margerin, jika lebih margerin karipap jadi rapuh dan bagi yang suka karipap yang rapuh lebihkan sedikit majerin. Bagi kuih karipap ini untuk yang rajin dan ada masa kelapangan dirumah boleh mencuba karipap kentang sosej.

Tag : Masakan

Baca : Karipap kentang sosej - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 25-Masakan335>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon