Corner Kick Cafe Sungai Besar - Makan malam hari ini bagi meraikan kejayaan anak buah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan mendapat kelas mumtaz, datang ke restoren di Corner Kick Cafe dalam keadaan hujan renyai renyai yang sudah menandakan musim tengkujuh sedang bermula sekarang.
Papan tanda Corner Kick Cafe >
petugas dan pekerja Corner Kick Cafe
Nama kedai seperti meraikan peminat bola sepak dengan logo bola sebagai tema, restoren ini juga menyediakan masakan western, masakan ala kampung bagi yang ingin mencuba boleh datang kesini. Lokasi Corner kick cafe ini betul berhadapan Petronas dan juga mc donald di Sungai Besar. Hari ini memang hari untuk makanan barat, uji tekak.
Chicken chop
Chicken Chop dengan sos istimewa
Sudah lama sebenarnya saya tidak makan chicken chop, peha ayam digoreng bersama tepung dan sos istimewa, salad kobis segar, timun, tomato, kentang goreng dan telur goreng. Kuah sedap tapi tidak pedas, saya lebih suka kalau ia pedas dengan rempah seperti lada hitam atau sulah, biar terasa. Salad kobis biasa, cuma kurang akan mayonis.
Lamb chops
Suka kambing, meh mehh
Kambing seperti dibakar, sos dan persembahan seperti juga chicken chop tiada perbezaan, bagi yang mengemari daging kambing boleh cuba lamb chop sebagai menu makan malam anda.
Tempat makan
Meja makan cukup sekeluarga
Ruang makan juga terbahagi kepada dua, terbuka dan juga tertutup bagi yang sukakan privasi boleh pilih tempat duduk tertutup didalam siap ada penghawa dingin dan juga tv, mungkin sesuai untuk menonton siaran live bola sepak barangkali kerana tema kedai makan ini yang bernama Corner Kick Cafe Sungai Besar.
Sebelah hujung dari restoren ini terkenal dengan sate di Sungai Besar, tapi hari ini isnin kelihatan tidak kedai makan itu tutup barangkali tidak berniaga malam ini.
Snap gambar
Papan tanda atas restoren
Simply the best
Terima kasih makcik yang belanja makan malam untuk kita malam ini, semoga bertambah rezeki, amin. Review ringkas kami disini.
Tag : Jom Makan
Baca : Corner Kick Cafe Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon