Sabtu, November 14, 2015

Cara buat resepi Biskut Batang Buruk

Info cara mudah tentang buat resepi biskut batang buruk

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut batang buruk bagi sambutan hari raya dan sebarang anjuran majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Batang Buruk bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut dan kuih batang buruk


Biskut Batang Buruk
Contoh gambar batang buruk

Tentang Biskut Batang Buruk

Resepi Biskut Batang Buruk, adalah antara Kuih Raya yang paling ramai suka ia popular dan diminati. Nama yang unik, warna putih dengan serbuk manis, Kuih ini sangat sedap dengan ranggup dan rasa manis tepung kacang hijau itu tadi menambah seri bagi yang sangat mengemari kuih dan biskut ini.

Bahan-bahan biskut batang buruk

    1. 600 gram tepung gandum 
    2. 300 gram tepung beras1 biji santan kelapa 
    3. 600 gram kacang hijau 
    4. 400 gram gula kisar 
    5. 3 biji telur 
    6. Minyak masak untuk menggoreng
    Cara buat biskut batang buruk
    1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
    2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga haluss, campurkan dengan gula dan ketepikan.
    3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli bahan tadi.
    4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulungkan dan biarkan ditengahnya berlubang.
    5. Potong kecil dan goreng hingga kekuningan.
    6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.
    Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut batang buruk yang mudah dan juga sedap, semoga perkongsian ini membawa satu manfaat pada anda semua.

    Tempahan biskut batang buruk

    Tempahan awal biskut batang buruk boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut batang buruk yang sedap dan istimewa anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk ini. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

    Harga biskut batang buruk

    Harga biskut batang buruk juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

    Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut batang buruk dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.


    Kategori : Resepi Biskut Raya
    Tajuk entri : Cara buat resepi Biskut Batang Buruk
    Update : 14 JUN 2018


    Tag : Resepi

    Artikel Terkait

    Produk Berkualiti Keutamaan Kami

    Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

    Sebarang urusan - Hubungi
    Google maps - Lokasi
    Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

    2 comments

    Sedapnya tapi macam susah je nak buat..

    Kalau nak buat batang buruk senang guna kulit popia hihi

    Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya.
    EmoticonEmoticon