Khamis, November 19, 2015

Cara buat resepi Biskut Bangkit Kacang Hijau

Info cara mudah tentang buat resepi biskut bangkit kacang hijau

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal Aneka Biskut Raya dan menjual biskut bangkit kacang hijau bagi sambutan hari raya. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Bangkit Kacang Hijau bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut dan kuih bangkit kacang hijau

Biskut Bangkit Kacang Hijau
Contoh gambar biskut bangkit

Tentang Biskut Bangkit Kacang Hijau

Resepi Biskut Bangkit Kacang Hijau, adalah antara Kuih Raya yang paling ramai yang suka, ia popular dan diminati. Nama yang unik, warna kelabu, rasa perisa kacang hijau juga sangat sedap dengan rasa manis. Sempena kedatangan Syawal yang mulia, antara persediaan kita ialah membuat kuih raya untuk tetamu yang berkunjung. Salah satu biskut raya yang popular ialah biskut bangkit kacang hijau. Hari ini nak kongsi resepi dan cara buat.


Bahan dan cara buat biskut bangkit kacang hijau

    1. 350 gram tepung kanji
    2. 140 gram tepung kacang hijau
    3. 30 gram tepung gandum
    4. 190 gram gula serbuk
    5. 320 ml santan dari 2 biji kelapa
    6. 2 butir kuning telur yang kecil
    7. 1 sudu teh rata vanilla powder
    8. 1/2 sudu teh garam halus
    9. 1/2 sudu teh bakiing powder
    10. 4 helai daun pandan
    Cara-cara buat biskut kacang hijau
    1. Tepung kanji, tepung gandum dan pandan digoreng dengan api yang kecil, hingga ringan, lebih kurang 5 hingga 8 minit.
    2. Kemudian disejukkan dan diayak.
    3. Santan dididihkan sebentar dengan api yang kecil dan disejukkan. 
    4. Kacau rata kuning telur, gula, garam, vanilla powder dan baking powder dengan mengunakan pemukul dawai, lalu masukkan setengah bahagian santan dan kacau lagi. 
    5. masukkan ketiga-tiga tepung dan uli, sambil tuangkan sedikit sedikit lebihan santan.
    6. Ulilah hingga rata, Canai dan terap dengan acuan kegemaran anda, lalu dibakar dalam ketuhar selama 20 hingga 25 minit dengan suhu 170 darjah C.
    Sumber: Aini Salim


    Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut bangkit kacang hijau yang mudah dan juga sedap, semoga dengan satu ilmu perkongsian ini membawa satu manfaat pada anda semua.

    Biskut bangkit  juga ada pelbagai jenis rasa dan perisa seperti berikut :

    1. Biskut bangkit kelapa
    2. Biskut bangkit Santan
    3. Biskut bangkit cheese / keju
    4. Biskut bangkit sagun
    5. Biskut bangkit durian
    6. Biskut bangkit nestum
    7. Biskut bangkit keladi
    8. Biskut bangkit bijan
    Tempahan biskut bangkit kacang hijau

    Tempahan awal biskut bangkit kacang hijau boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut bangkit yang sedap dan istimewa anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan ina murni dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk ini. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

    Harga biskut bangkit kacang hijau

    Harga biskut bangkit kacang hijau juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

    Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut bangkit kacang hijau dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

    Kategori : Resepi Biskut Raya
    Tajuk entri : Cara buat resepi Biskut Bangkit Kacang Hijau
    Update : 14 JUN 2018

    Tag : Resepi

    Artikel Terkait

    Produk Berkualiti Keutamaan Kami

    Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

    Sebarang urusan - Hubungi
    Google maps - Lokasi
    Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

    Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
    EmoticonEmoticon