Ahad, November 22, 2015

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong - Masakan untuk kali ini sekali lagi masak asam pedas kegemaran kami sekeluarga iaitu dengan ikan mayong, sebelum ini pernah juga kami kongsikan resepi masakan iaitu asam pedas isi ikan merah yang mudah serta ringkas untuk disediakan. Beli ikan mayong tapi tak tau nak masak apa. Masak singgang macam tak sesuai dan selain dari itu boleh juga masak lemak cili padi, fikir punya fikir nak pilih masak apa dan keputusan yang diambil masak asam pedas dengan ikan mayong juga sesuai dan juga pilihan yang tepat.

Saya beli ikan mayong atau ikan duri di baroh Sg Hj Dorani, harga ikan ini tidak mahal dan murah terutama masa beli awal pagi dan tempat ikan baru naik. Dua ekor ikan mayong yang agak sedikit besar berharga hanya RM12.00. Suka makan ikan mayong dari bahagian kepala hingga ke isi, daging ia tidak hanyir serta manis dan lembut, sesuai dengan masak asam pedas bersama dengan ikan mayong yang kami ingin kongsikan resepi mudah seperti dibawah.

Asam pedas ikan mayong

Asam pedas ikan mayong

Resepi Masakan : Asam pedas

Bahan dan cara buat resepi asam pedas ikan mayong

Bahan bahan asas
  1. 2 ekor ikan mayong potong dan bersihkan
  2. 2 batang bunga kantan di potong 
  3. 1-2  cawan air asam jawa, ikut selera anda.
  4. 2 batang serai di titik.
  5. sedikit gula.
  6. Sedikit minyak masak.
  7. Garam  secukupnya.

Bahan yang di kisar/tumbuk
  1. 8 sudu makan cili kisar.
  2. 5 ulas bawang kecil.
  3. 5 ulas bawang putih.
  4. 1 biji bawang besar.
  5. 2 cm kunyit hidup.
  6. 2 cm belacan.

Bahan untuk tumisan
  1. 2 biji bawang kecil di hiris.
  2. 1 biji bawang putih di hiris.


Cara buat asam pedas ikan mayong

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi sehingga sebati. 
  3. Bila dah naik bau baru dimasukkan cili kisar. 
  4. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
  5. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masuk air terpulang kepekatan kuah asam pedas.
  6. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
  7. Kemudian masukkan pula bunga kantan. 
  8. Masak sehingga ikan itu empuk dan sedia untuk dihidang.

Masak asam pedas sesuai makan dengan nasi yang lembut sedikit serta mudah resap terasa bila makan asam pedas tadi. Boleh juga makan dengan telur masin, sayur tumis. Sedikit info yang ingin kami kongsikan, selamat mencuba ya ibu, makcik, akak sekalian.. Suka entri ini boleh share yea.. Terima kasih.

Tag : Masakan

Baca : Asam pedas ikan mayong - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 33-Masakan366>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon