Khamis, Oktober 22, 2015

Tiwul gablek Restoran S.Solinada

Tiwul gablek Restoran S.Solinada - ia adalah makanan tradisi masyarakat jawa yang tidak dilupakan, mungkin generasi muda tidak mengenali tiwul sebagaimana orang tua dulu-dulu termasuk saya. Dapat tau kuih tiwul ini pun dari makcik yang membawa kuih ini dari Restoran S.Solinada di Sg Haji Dorani. Bau dari tiwul memang sedikit lain daripada yang lain dan semacam, ada yang kata bau dia buruk tapi rasa dia juga boleh tahan sedap. Bila buat carian di google kebanyakan menuju ke resep dan menunjukkan yang resepi bagi tiwul kebanyakkan ditulis oleh blogger di Indonesia dan resepi ini memang salinan terus diambil dari sana. Boleh juga dibuat gatot. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Tiwul - Gambar dari facebook pemilik Restoran S.Solinada

Tiwul gablek Restoran S.Solinada
Tiwul untuk dirasa kesedapan

Resepi Masakan : Masak Kuih Muih / Tradisi

Gambar ini diambil oleh pemilik dari Restoran S.Solinada, nak cari tiwul dan rasa keunikan kuih ini boleh juga anda berkunjung kesana. Diingatkan yang tiwul adalah kuih yang sangat sukar untuk dicari dan tidak ramai yang tau membuatnya serta mengusahakanya. Bagi yang berminat akan tiwul boleh segera anda mencubanya dan datang sendiri ke Restoran S.Solinada.

Resepi Membuat Tiwul Paling Sedap
dan Enak - Resepi dari Indonesia

Bahan-bahan tiwul
  1. 350 gram ubi kayu, biasanya 1 ubi kayu yang sudah dikupas kulitnya lalu dijemur kurang lebih 3-4 hari.
  2. 1 gelas air masak
  3. 150 gram gula merah (sisir halus)
  4. 200 gram kelapa parut
  5. 2 lembar daun pandan (kira-kira ukuran 20 cm lalu ikat simpul)
  6. 1 tangkai daun pisang (ambil daunnya saja)
  7. Garam secukupnya
Cara bagi membuat tiwul gablek
  1. Tumbuk kasar ubi kayu yang sudah kering sambil dipercik-percikkan air, sampai menjadi tepung gaplek yang pecah membentuk butiran-butiran kecil.
  2. Seterusnya gaplek yang telah lumat ditumbuk tadi beri tambahan gula merah.
  3. Kemudian bungkus gaplek seperti membungkus bentuk nasi lemak dengan menggunakan daun pisang.
  4. Setelah semua gaplek dibungkus lalu kukus gaplek hingga masak.
  5. Cara membuat taburan kelapa untuk tiwul gaplek antara lain:
  6. kukus parutan kelapa bersama dengan daun pandan dan garam dengan masa kira-kira 15-20 minit, kemudian angkat.
  7. Campurkan gaplek yang sudah matang tadi dengan kelapa parut yang sudah dikukus. Hidangkan selagi hangat, jadilah tiwul yang enak di Malaysia.
Tips untuk membuat tiwul

Cari pohon ubi yang sangat lembut. Anda boleh mencarinya di ladang orang kampung untuk mendapatkan pohon dan ubi yang sangat lembut serta tidak banyak serat atau ubinya sangat liat dan tua, sangat sesuai buat tiwul untuk senang anda menumbuk nanti.

Rasa bagi tiwul

Bagi yang mengemari rasa keunikan tiwul atau ingin mengimbau kenangan atuk nenek kita dulu menjamah makanan tradisi boleh cuba buat sendiri, selamat mencuba.

Apa itu gablek

Ubi yang dijemur dikeringkan lalu ditumbuk menjadi seakan tepung, jadilah ia gablek untuk bahan membuat tiwul atau gatot.

Itulah serba sedikit berkenaan kuih tiwul yang ingin dikongsikan, Jika anda ingin sangat merasa kesedapan kuih tiwul atau gatot ini boleh juga berkunjung ke Restoran S.Solinada di Sungai Haji Dorani Sungai Besar Sabak Bernam Selangor - Iklan sebentar.

Hubungi : 0192135443

Tag : Masakan

Baca : Tiwul gablek Restoran S.Solinada - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 23-Masakan320>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon