Khamis, Oktober 01, 2015

Tentang produk keropok kacang dal

Info serta resepi bagi keropok kacang dal atau kerepek kacang dhal

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual Aneka Kerepek serta memberi sedikit info cara teknik pemprosesan dan pembuatan serta mengenai penghasilan proses untuk membuat kerepek atau keropok kacang dal. Bahan mentah keropok kacang dal kami adalah dari buatan pembekal.

Sedikit info kerepek atau keropok kacang dal

Tentang keropok kacang dal ialah tidak diperbuat sepenuhnya dari sumber kacang dal. Tetapi kenapa ia diberi nama kerepek dhal disebabkan oleh salah satu bahan utama pembuatanya ialah kacang dal itu sendiri, ada ejaan dhal atau dal mengikut kesesuaian. Pernahkah anda lihat pokok kacang dal atau sebutan kacang dhal? Mesti tidak pernahkan.

Gambar Pokok Kacang Dhal >

Pokok Kacang Dhal

Bunga Kacang dal >

Bungga Kacang Dhal

Sumber gambar :
http://oursimplegarden.blogspot.my/

Gambar Kacang dal >

Gambar Kacang Dhal

Bawah ialah cara buat keropok kacang dal dari sumber internet dari 2 bahagian untuk rujukan.

Resepi 1 & 2 sebagai ilmu pengetahuan untuk dikongsi.

Contoh gambar keropok kacang dal >

Gambar Keropok Kacang Dal

KEROPOK KACANG DAL

Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 100 keping
Cara memasak : Rebus dan Goreng

Resepi keropok kacang dal 1

BAHAN-BAHAN:
  1. 250gm tepung ubi
  2. 50gm tepung jagung
  3. 250gm kacang dal                               
  4. 5 ulas bawang putih
  5. 2 sudu makan serbuk kunyit
  6. Garam secukup rasa
Sumber : rasa.krangkraf.com


CARA MEMASAK:
  1. Rebus kacang dal yang telah direndam sehingga empuk. Angkat dan tos.
  2. Kisar kacang dal yang telah direbus bersama bawang putih sehingga halus. Kemudian, campurkan tepung ubi, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Uli hingga menjadi doh. Kemudian, bentuk memanjang (seperti keropok lekor) dan rebus sehingga masak.
  4. Selepas itu, potong nipis-nipis dan jemur hingga kering.
  5. Setelah ia kering, bolehlah goreng sehingga ia kembang.
  6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Resepi keropok kacang dal 2

Bahan-bahan:
  1. 1 paket tepung beras 
  2. 600g kacang dal, direndam semalaman 
  3. 20g ketumbar, dikisar kasar 
  4. 10g jintan halus 
  5. 10g jintan kasar 
  6. 10 ulas bawang putih 
  7. 3 biji telur 
  8. 1 biji kelapa, ambil santannya 
  9. garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Campurkan jintan halus, kasar kedalam wadah berisi tepung beras. Masukkan telur dan odek sampai sebati.
  2. Masukkan santan dan garam dan kacau sampai rata. Masukkan kacang dal dan odek rata. 
  3. masuk secara dari sendok untuk hasil yg kemas dan goreng hingga masak.
  4. Itu serba sedikit info pembuatan keropok atau kerepek kacang dal, rasa sangat sedap serta ranggup, sesuai untuk hidangan petang atau sambil menonton tv, untuk doorgift kenduri dan sebagainya.
Harga keropok dal


Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami. Jika ingin membuat tempahan keropok dal untuk majlis tertentu atau perayaan boleh membuat pertanyaan di HUBUNGI. Di atas ada gambar keropok dal dari kami, jika ingin info harganya ikut link ini - Keropok Kacang Dal

Selamat datang inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Update : 17/07/2018

Baca : Tentang produk keropok kacang dal - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon