Khamis, Oktober 08, 2015

Resepi sup tulang mudah

Resepi sup tulang mudah - Senang mudah cepat dan ringkas, sup tulang ini masakan makcik, saya salin resepi sup tulang yang mudah dan sedap ini, Kalau nak sedap makan dengan sambal kicap, fuhh memang terbaik. Lagi makan ramai2 memang rasa sedap sangat sup tulang yang ringkas dan mudah disediakan ini, Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Nak share dan kongsi resepi yang tak seberapa ini. Sebelum ini ada buat masakan yang berasaskan sup juga iaitu sup daging cendawan yang best makcik masak dan kali ini sup tulang aka orang ada cakap juga sup gearbox yang diberi nama.

Resepi sup tulang mudah

resepi sup tulang
Sup tulang aka gearbox

Resepi sup tulang mudah
Sup tulang yang marveles

Resepi Masakan : Masak Sup

Bahan-bahan sup tulang

Bahan-bahan
  1. Tulang lembu
  2. Daun sup
  3. Bawang goreng
  4. 2 Bawang merah
  5. 3 Bawang putih
  6. Halia
  7. Lengkuas
  8. Lada putih
  9. Bunga lawang
  10. Kayu manis
  11. Asam keping
  12. Sup bunjut tulang
  13. Garam
Cara masakan sup tulang mudah
  1. Rebus tulang sampai empuk daging dan ototnya, hampir dekat 30 minit, ambil tulang dan daging serta otot sahaja, buang air rebusan, rebus sekali lagi hingga empuk, lama juga nak empukkan tulang, boleh rebus dengan sudu, ikut petua, orang lain ada yang suka campur air rebusan tadi, bagi kami tidak, terpulang citarasa anda.
  2. Kuali lain masukkan sedikit minyak masak.
  3. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis hingga naik bau, selepas itu siram air.
  4. Masukkan tulang yang direbus tadi, selepas itu lada putih, sup bunjut, asam keping dan masak hingga sampai mendidih.
  5. Mendidih sedia dihidang taburkan daun sup dan bawang goreng untuk lagi kick dan sedap, garam dan perisa.
Sedia untuk dihidang.
Sup yang ringkas ini sudah sedia untuk dihidang, selamat mencuba bagi yang berminat nak masak sup yang mudah cepat dan ringkas yang semestinya.

Tag : Masakan

Baca : Resepi Sup Tulang Mudah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 20-Masakan308>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon