Rabu, Oktober 07, 2015

Resepi sambal tumis ikan cencaru

Resepi sambal tumis ikan cencaru - Kali ini nak kongsikan masakan sambal tumis ikan cencaru pula, ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya sangat suka, ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan, hari ini makcik saya masak sambal tumis pedas guna cili kering, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini kami kongsikan. Bahan sedikit sama dengan sambal tumis udang yang sebelum ini kami kongsikan. Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung.Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Bau sahaja dah sedap, terasa sedap dengan warna yang cantik kemerahan buat orang sekeliling pasti terliur nanti dengan kesedapan rasa sambal tumis ikan cencaru yang sangat dan sungguh selera ini. Bawah ini kami kongsikan bahan dan cara buat sambal tumis udang yang ringkas dan mudah disediakan oleh semua orang.

Resepi sambal tumis ikan cencaru

Resepi sambal tumis ikan cencaru
Sambal tumis ikan cencaru

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan sambal tumis ikan cencaru
  1. 1/2 Kg Ikan Cencaru, digoreng
  2. 3 Bawang merah potong besar
  3. 2 Bawang putih
  4. 1 mangkuk Cili kering kisar
  5. 1 Halia
  6. Sedikit Asam jawa
  7. Sedikit Belacan
  8. Sedikit Minyak masak
  9. Garam secukup rasa
  10. Gula secukup rasa
Cara masak sambal tumis ikan cencaru
  1. Panaskan minyak, tumiskan potongan bawang merah, bawang putih, halia dan belacan hingga warnanya jadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi, cili kering seketika hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa perisa dan juga gula.
  4. Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi, gaulkan sebentar tumisan tadi, dah siap untuk dihidang.


Mata sudah tidak tahan menahan lihat kemerahan sambal tumis ikan cencaru tadi dengan aroma yang menusuk kalbu.

Selamat menjamu mata dan selera anda boleh mencuba pula, salam dan semoga berjaya.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sambal tumis ikan cencaru - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 19-Masakan307>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

2 comments

hmm..sedap jugak yer ..selalu ikan cencaru dibakar atau belah belakang sajer

Ikan cencaru bakar kalau saiz besar sedap, yang saiz kecil masak sambal tumis pedas sedap, thank komen

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon