Sabtu, Oktober 17, 2015

Resepi cucur bilis mudah

Resepi cucur bilis mudah - Pagi ini nak share satu lagi resepi cekodok atau cucur ikan bilis yang mudah dan ranggup makcik buat, pasti semua orang suka makan cekodok kan? makan ngan kopi panas juga sangat sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang, kena pula hari hujan..pergg" layan cucur bilis yang sedap memang mengasyikkan. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

kali ini buat kelainan sikit cara buat cucur bilis yang istimewa, sebelum itu dan pun kongsi resepi buat cekodok, sedap tau! dan mesti sedap punya, jangan risau.. mabeles dan terbaik.

Kami share juga - Baca



Resepi cucur bilis ringkas

Resepi cucur bilis mudah
Cekodok bila makan panas, memang sedap

Resepi Masakan : Masak Cekodok / Cucur

Bahan-bahan resepi cucur bilis

Bahan-bahan

  1. 1/4 Tepung gandum
  2. 1 P Tepung cucur adabi
  3. Segengam Ikan bilis
  4. 5 biji Bawang merah kecil
  5. 15 Cili padi
  6. Sedikit belacan
  7. Garam serbuk perasa
  8. Minyak masak
Cara buat resepi cekodok atau cucur bilis
  1. Tumbuk guna lesung bawang merah, cili padi, bilis, sedikit belacan hingga separa lumat.
  2. Bancuh tepung gandum dengan air dan tepung cucur adabi dan tips sedikit air suam dan campurkan dengan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Gaulkan dengan sebati, masukkan garam dan bahan perisa.
  4. Sedia untuk digoreng, guna tangan lebih cantik, masak hingga kekuningan.

Sedia untuk dihidang dan itulah resepi cucur bilis atau cekodok yang sedap dan mudah disediakan, serba sedikit resepi orang bujang, yang mudah dan pemalas, tidak perlu banyak bahan untuk buat cucur bilis ini, nak sedap lagi makan ialah cucur bilis dan sambal hitam Pahang, kombinasi terbaik dan Selamat mencuba yea pada anda semua.

Tag : Masakan

Baca : Resepi cucur bilis mudah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 22-Masakan312>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon