Rabu, Oktober 14, 2015

Resepi ayam tumis kicap

Resepi ayam tumis kicap - Kali kedua masakan yang menyelarakan untuk dikongsi iaitu resepi berasaskan masakan dari ayam, pertama iaitu resepi ayam masak lemak cili padi dan untuk kali ini kita cuba masak tumis kicap pula, resepi ni senang je nak buat dan mudah disediakan. Janji ada kicap dirumah dan sedikit barang didapur boleh cuba salah satu resepi kegemaran saya ini. Tanpa membuang masa jom cuba buat. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi ayam tumis kicap

Resepi ayam tumis kicap
ayam tumis kicap, marveless

Resepi Masakan : Masak sambal tumis

Bahan-bahannya
  1. 1 ekor ayam - 1/2 ekor ayam digaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar untuk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.

Potong dan hiris/ blend
  1. 3 biji bawang
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia

bahan rempah tumis
  1. 1 Kulit kayu manis
  2. 5 biji Cengkih
  3. 2 biji Buah pelaga
  4. 1 Bunga lawang
  5. Lada putih biji - ketuk sedikit
  6. bahan perasa
  7. 6 sudu besar Kicap manis
  8. Garam, tapi biasanya kicap dah cukup masin.


CARA MEMASAK AYAM TUMIS KICAP
  1. Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam. Angkat ayam dan ketepikan sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.
  3. Masukkan ayam yang dah di goreng.
  4. Tambah kicap secukup rasa.
  5. Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,
  6. Buka api sederhana dan renehkan kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam, kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang.
  7. Keringkan kuah sampai sedikit,
  8. rasa dulu, boleh tambah sedikit lada putih.

Bila semuanya sudah sebati dan masak, boleh angkat dan hidangkan.

Resepi mudah ayam tumis kicap yang paling simple dan mudah buat, ada macam2 cara, ada yang suka kuah kicap banyak, ada yang hanya sedikit dan terpulang selera anda. Nak sedap ikut kicap apa yang menepati selera anda. Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi ayam tumis kicap - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 21-Masakan310>www.inamurni.com Copyright © 2015

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

4 comments

Menu kegemaran keluarga PC ni..ayam masak kicap..

Thank komen, makan ngan lontong pun sodap

Thank komen, biasa la akak, budak budak memang suka ngan kicap

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih
EmoticonEmoticon