Sabtu, Oktober 17, 2015

Pak Wan Corner Seafood Western Jeram

Pak Wan Corner Seafood Western Jeram - Semalam pergi ke Bukit Tinggi Klang membuat penghantaran kerepek jualan dan tempahan. Selesai buat penghantaran balik singgah rumah kawan, dah lama tak jumpa' jadi ajak keluar makan malam ke Jeram Selangor, Jom makan dan kali ini lokasi tempat makan ialah Pak Wan Corner Seafood dan Western di Jeram Selangor, tidak jauh dari lokasi asam pedas Sungai Sembilang yang femes itu.

Tempat makan yang menarik

Pak Wan Corner Seafood
Papan tanda besar di Pak Wan Corner Seafood Western Jeram

Lagi gambar suasana

Pak Wan Corner Seafood Western Jeram
Menu, set ekonomi

Kami datang nasib tak ramai orang, boleh bebas nak pilih tempat duduk yang diperbuat dari batu marmar ia sangat selesa cuma tidak boleh alih sebab berat la hehe.. Minta katalog menu, dia pelayan tu kata takde la pula.. Apa yang nak order ni.. Lama termenung, nampak kawan order air kelapa, kita minum air kelapa malam ni, malam hari minum air kelapa, apa cerita ni.

Nasi goreng USA

Nasi goreng USA
Jom makan nasi goreng usa

Bukan nasi goreng kat usa atau amerika..k, sejarah dan asal usul katanya kat Thailand entahlah, janji sedap. Nasi goreng beserta daging merah telur goreng dan juga salad, makan juga bersama sup. Nasi goreng usa saya pesan yang pedas, macam kurang pedas pula, minta sambal belacan, boleh nak rasa pedas kat mulut baru selera nak makan, Kawan order sup daging juga bersama sayur kailan ikan masin, lagi kalau nak rasa sup mudah ringkad makcik saya yang masak boleh baca Resepi sup tulang mudah yang ingin kami kongsikan.

Air kelapa muda

Minum air kelapa muda
Air kelapa muda, yummy

Menu dan cerita Pak Wan Corner Seafood dan Western

Cerita balik tentang Pak Wan Seafood Western disini ada juga satay, keropok lekor goreng, makanan western dan seafood atau makanan panas yang lain, banyak pilihan juga kat sini. Kat area daerah Klang ni bab restaurant memang saing, jadi nak meniaga bab makanan ini yang penting sekali sedap dan yang kedua harga, kalau sedap dan juga bagi harga patut dan terbaik, kedai makan macam ini pasti kena serbu, kawasan sekitar ini orang sibuk bekerja jadi tiada masa memasak dirumah dan mereka lebih senang makan diluar.

# sudah kenyang.. Alhamdulillah rezeki Allah dan hari ini kawan belanja.

Tag : Jom makan

Baca : Pak Wan Corner Seafood Western Jeram - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 29- Santai Riadah313>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon