Ahad, Oktober 18, 2015

Mee Tarik Shah Alam

Mee Tarik Shah Alam - Hari ini kami pergi kenduri kahwin di Petaling Jaya baliknya kami singgah sebab ada yang teringin sangat nak makan mee tarik, mee ala masakan cina muslim, mee tarik buatan tangan ini tentu bagus sebab dapat liputan di tv3, ini pertama kali dapat makan mee tarik walaupun perut masih kenyang makan kat tempat kenduri tengahari tadi. Jom makan mee tarik salah satu tempat makan menarik di Shah Alam.

Mee tarik

Mee tarik Shah Alam
Jom makan mee tarik Shah Alam

Kalau nak rasa boleh la datang ke Shah Alam kawasan area dekat S7 ni cawangan yang keempat, selain mee tarik ada juga nasi goreng dan menu lainnya. Mee tarik ni sangat panjang dan kenyal berbeza dengan mee warna kuning yang selalu kita makan tu. Perbezaan memang jauh sangat, rasa sedap dan kenyal cuma sedikit masin, kurang pedas dan tidak manis sangat, bersama daging, kacang panjang, cili besar, simple dan mudah sahaja cara masakan, sup bagi mee tarik rasa ia ringan sahaja, menu yang tidak berat, sesuai sangat untuk kanak-kanak makan.

Cawangan ke 4

Mee Tarik Shah Alam
Pekerja buat air minuman

Dari tempat makan boleh lihat pekerja mungkin asal dari negara China ni sedang dan tengah menarik mee, ikut alunan dan buaian mengunakan tangan, hanya pekerja yang mahir sahaja boleh melakukanya, pekerja pelayan restaurant banyak juga warga Pakistan je rupa mereka ni. Harga berpatutan dan sedang sederhana bagi saya tidak mahal sangat.

Tempat buat Mee Tarik

Tempat Buat Mee Tarik
Boleh lihat jelas, buat mee tarik

Air herba ba bao tea

Teh herba dari cina ni terbaik rasanya dari Abang Hassan, rasa sedap, balik nanti nak beli yang dah siap pek kecil RM4.75 satu peket di kaunter, dalam ba bao tea ini ada red date, laici kering, longgan kering, aprikot kering, wolfberry, teh hijau, teh bunga, herba dan macam-macam campuran lagi. Rasa segar je tekak dapat minum air herba ni, dihidang panas, gaul ada gula batu besar dan cukup manis.

Ba Bao Tea
Air herba ba bao tea

Masa dalam perjalanan nak balik ke Sungai Besar hujan turun dengan sangat lebatnya. Itulah serba sedikit pengalaman kami datang ke Shah Alam nak makan mee tarik dan juga dapat rasa air baru iaitu ba bao tea.

Tag : Jom Makan

Baca : Mee Tarik Shah Alam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 30- Santai Riadah315>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon