Selasa, Oktober 20, 2015

Cendol Atok Sungai Besar

Cendol Atok Sungai Besar - Sebut sahaja cendol mesti ramai yang mengemari rasa cendol yang segar berlemak dan berkrim itu, dan kali ini nak tunjuk satu tempat iaitu Cendol Atok di Sungai Besar di kawasan Sg Limau dekat daerah Sabak Bernam Selangor. Lokasi Cendol Atok ni senang je nak jumpa, sebelum sampai pekan Sg Besar dari arah Sekinchan ada papan tanda besar, berhampiran sahaja tempat pembuatan dan kilang nata de coco syarikan nandong. Jika nak rasa Cendol Atok boleh datang sini, meh resepi atok orang dulu-dulu buat cendol yang best.

Cendol Atok perisa jagung

Cendol Atok
Cendol Atok perisa jagung

Saya order cendol saiz besar hanya RM2 tambah jagung 50sen, tambahan boleh minta seperti pulut, nata de coco dan bermacam lagi. Rasa boleh tahan sedap jika nak banding Mr Cendol Giant Setia Alam yang dirasa hari itu. Santan pekat berlemak, juga seperti terasa bau pandan. Tempat dan kawasan sekitar ini juga banyak tempat tinggal sewa seperti homestay. Bagi anda nak rasa sendiri cendol boleh berkunjung ke sini. Yang jaga kedai juga warga emas, sesuai dengan nama mereka cendol atok.

Papan tanda menu cendol

Papan Cendol Atok
Antara menu di Cendol Atok

Badan pun rasa panas je, lagi layan cendol best ni, selain cendol ada juga masakan panas macam mee udang atau mee muar, makanan barat western juga ada, jadi hari ini saya tak makan apa-apa dan cuma nak rasa kesedapan cendol atok, berbaloi sebab sedap dan juga terbaik dari segi harga yang murah.

Tag : Jom Makan

Baca : Cendol Atok Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 31- Santai Riadah317>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon