Selasa, Oktober 06, 2015

Cara buat resepi Biskut Puteri Salju

Info cara mudah tentang buat resepi biskut Puteri Salju dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal dan menjual Aneka Biskut Raya bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info resepi biskut puteri salju bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut puteri salju

Tentang biskut puteri salju

Resepi biskut puteri salju, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap, ia juga mudah dan rasa kopi dan putih salju diluar, terbaik jadi bahan untuk membuatnya. Cubalah resepi biskut puteri salju rangup dan gebu diluar.

Resepi cara buat puteri salju

Bahan 1 
  1. 110 gm mentega
  2. 1/2 sdb shortening
  3. 50 gm gula kastor
  4. 1/2 senduk esen kopi
  5. 1/2 biji kuning telur

Bahan 2
  1. 110 gm tepung gandum
  2. 25 gm nestum dikisar
  3. 1 sdb coffeemate
  4. 35 gm tepung ubi
  5. 20 gm serbuk badam
  6. Bahan Hiasan, serbuk roti putih breadcrumb, coklat masakan
Cara-cara buat biskut puteri salju
  1. Pukul mentega, juga gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan sehinga rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
  3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkanya.
  4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.

Nota : adunan sikit, jadi bila nak banyak putihnya golek lama sedikit mengikut kesesuaian.

Baca juga : Resepi Biskut Salju

Tempahan biskut puteri salju

Tempahan awal biskut puteri salju boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut puteri salju kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut puteri salju

Harga biskut puteri salju kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.
Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut puteri salju dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat resepi Biskut Puteri Salju
Update : 14 JUN 2018

Tag : Resepi

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon