Jumaat, September 11, 2015

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan - Jalan jalan kat Kelantan tak sah kalau tidak mampir di restauran nasi ulam cikgu ni. Cawangan ada sekitar Kota Bharu di kawasan kraftangan dan seni dan juga berada di pekan Pengkalan Chepa, bagi masyarakat Kelantan yang gemar makan pelbagai aneka ulam ulaman sangat sesuai singgah disini. Bukan ulam sahaja, sambal budu, tempoyak dan sambal belacan serta pelbagai lauk menanti kehadiran pengunjung. Pagi tadi berkesempatan bersarapan di Nasi Lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan yang sedap, teruskan jom jalan kali ini dengan nasi ulam pula.

Masa datang waktu tengahari hari itu keadaan penuh sesak, mungkin sama waktu dengan pendaftaran masuk pelajar di UMK. Konsep layan diri, ambil apa sahaja lauk dan pelbagai jenis ulam yang baik untuk kesihatan. Saya ambil hirisan mangga muda, sambal belacan dan tempoyak, ikan sardin bakar dan inilah menu simple saya. Adik ambil macam jenis ulam, tak sempat nak gambiran. Air disini mengunakan jug, kami pilih air bandung.

Nasi ulam serta lauk

Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan
Nasi berlauk ikan sardin bakar dan mangga

Sambal belacan ngan tempoyak sedap, macam tempoyak Pahang. Ikan bakar pon boleh tahan rasanya. Dan yang paling bagus kat sini, harga kami makan termasuk air bandung satu jug, kami berdua cuma RM10 riyaa je, murahkan.

Ramai pengunjung di sini

Permandangan dalam restaurant
Ramainya pengunjung datang berkunjung

Sesak dengan ramai pengunjung, tempat makan juga sangat selesa, banyak hiasan tradisi di setiap penjuru restauran dan sangat sesuai dengan makanan ala kampung serta ulam ulaman. Nasib saya di Kelantan hanya 2 hari sahaja, tak puas untuk saya jalan jalan cari makan disini, malamnya ingin pulang ke Klang menaiki bas.

Tag : Jom Makan

Baca : Nasi Ulam Cikgu Pengkalan Chepa Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 26- Santai Riadah292>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon