Jumaat, September 11, 2015

Nasi lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan

Nasi Lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan - Sarapan pagi kami kali ini ialah nasi lemak tc atau dikenali nasi lemak bersinar, adik kata nasi lemak kat sini sedap, jadi ni yang nak cuba tu. Jam 8.30 pagi gerak dari hotel penginapan kami ditepi sungai Kelantan Kota Bharu ke Pengkalan Chepa ambil masa perjalanan dengan kereta hanya 20 minit sahaja. Sampai lokasi kami pesan apa lauk kegemaran yang akan menjadi sarapan pagi ini.

Yang sangat menarik di nasi lemak tc ialah lauk-lauknya banyak juga pilihan dan piring untuk diisi lauk dan sambal tadi asing dengan nasi lemak, juga bersama telur goreng. Dengar cerita sebelum ini meniaga nasi lemak di Teluk Cempedak Kuantan dan berpindah kesini, jadi nama singkatan tadi jadilah TC seperti sekarang juga dikenali nasi lemak bersinar. Harga nasi lemak 2 dengan lauk seperti dibawah serta tea beng ais RM13.00 keseluruhan.

Nasi lemak TC bersama lauk

Nasi lemak tc pengkalan chepa
Sambal nasi lemak yang menyelerakan

Kami ambil lauk sambal sotong, sambal daging dan juga paru lembu goreng bersama air spesial kat sini tea beng yang kaw. Sambal nasi lemak tc ni rasa sedikit manis, memang banyak ciri dan citarasa orang Kelantan. Sambal sotong juga sedap makan bersama dengan sambal daging juga nasi lemak bersinar yang sedikit pejal seperti nasi kukus. Selain dari nasi lemak tc yang terkenal kat Kelantan ini seperti restaurant nasi ulam cikgu dan juga nasi air? Pelikkan.

Permandangan di Nasi Lemak TC

Permandangan Nasi Lemak TC
Pandangan hadapan gerai makan nasi lemak tc

Tag : Jom Makan

Baca : Nasi lemak TC Pengkalan Chepa Kelantan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 25- Santai Riadah291>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon