Sabtu, September 19, 2015

Mis Mentarang Bakar Sekinchan

Mis Mentarang Bakar Sekinchan dan sup belut, antara menu yang mesti dicuba,  bagi yang meminati jenis siput laut seperti mentarang yang dibakar anda boleh datang sekitar bandar Sekinchan.  Banyak gerai jualan dan restoran mentarang bakar seperti sebelum ini kami singgah iaitu Faridah Mentarang Bakar dan yang lain-lain dan salah satunya ialah MIS MENTARANG BAKAR ini.

Papan tanda perniagaan mentarang bakar

Papan tanda Mis mentarang bakar
Sup belut juga boleh ditemui disini

Cerita mentarang bakar ni ialah rasanya yang sedap, kena lagi sesuai lagi dengan sosnya. Nampak macam kering je, tapi berjus didalam..fuhh, baca juga menu wajib di Kuala Selangor berkenaan mentarang bakar.

Mentarang bakar semangkuk

Mentarang bakar yang sedia untuk dihidang

Bakar jangan tak bakar

3 ekor je mentarang tengah bakar

Mentarang segar, dan juga kerang

Inilah rupabentuk mentarang segar yang akan dibakar hidup-hidup uhh sadisnya.

Kolam penternakan mentarang

Kolam mentarang

Bagi memastikan bekalan mentarang sentiasa mencukupi,  ada yang menternak mentarang bila masa bekalan siput laut itu sukar ditemui.


Jika berminat nak rasa kesedapan isi mentarang yang manis dan sedap sangat, datanglah ke pekan Sekinchan.. terima kasih sudi baca.

Tag : Jom makan

Baca : Mis Mentarang Bakar Sekinchan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 27- Santai Riadah297>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon