Sabtu, September 19, 2015

Mai Makan Tomyam Sungai Besar

Mai Makan Tomyam Sungai Besar - Ini nama kedai makan yang terletak berhampiran simpang empat di trafik light berhampiran sangat dengan Petronas, mc donald dan disebelah ada car wash untuk cuci kereta. Hari ini memang tujuan nak cuci kereta yang sudah kotor sangat, lama sangat tunggu kereta siap dicuci tu yang saya singah makan disini.

Menu wow makan tomyam Sg Besar >

mai makan tomyam
Antara menu yang boleh dicuba

Wow Makan Tomyam, nama je dah tomyam, mesti menu tomyam dia rasa sedap. Tapi hari ini tiada selera la nak makan tomyam, tapi hari ini teringin nak makan sup tulang, mana tau sup tulang kat sini sedap kan. Tengok sahaja menu sup tulang hanya harga RM7.00 je, ok la harga tu' takla mahal sangat. Sekali je rasa kuah sup dia, dah wow pedas, tapi takde la pedas sangat terasa, boleh masuk lagi kat tekak, daging pun lembut je rasa dia, takde liat sangat. Ada sambal dia, tapi tak rasa macam sambal belacan, bawang rasa segar dan bawang putih potong besar2, rasa sedikit masam seakan tomyam dan cara masak sup ala thai.

Sup tulang di mai makan tomyam

Sup tulang
Sup tulang ala thai

Order teh ais dan makan bersama nasi dan keseluruhan RM10 riya je. Wkw mai makan tomyam, rasa lain kali nak rasa pula tomyam kat sini mungkin tomyam dia sedap, seafood juga ada dan banyak pilihan masakan, review jom makan pertama kat Sg Besar ni. Mungkin ada yang pernah makan disini, sedap tak.

Makan sup tulang dengan nasi dan sambal


Terima kasih sudi baca..

Tag : Jom makan

Baca : Mai Makan Tomyam Sungai Besar - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon