Sabtu, September 26, 2015

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan patin masak tempoyak - Hari ini saya dan adik pergi ke Bandar Pusat Jengka mencari lampu dan mentol serta wayar untuk dipasang dirumah mak, balik dari sana teringin pula nak makan gulai tempoyak yang adik suka makan tu, selalu pergi Pekan Temerloh dapat juga singgah di Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh tetapi kali ini nak merasa masak sendiri di rumah, kebetulan dirumah mak ada banyak lagi tempoyak, ni yang kenan tu. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Kami cari ikan patin segar Sg Pahang di Kampung Rumpun Makmur jalan menuju ke Jengka 25 dan ada banyak juga homestay disini atau laluan yang selalu untuk saya pergi ke Pekan Jerantut ia sebelum jambatan melalui Sungai Pahang, banyak pula gerai kecil menjual ikan patin sangkar. Patin disini tidak hanyir seperti patin kolam, tu sebab harga dia mungkin sedikit tinggi. Harga sekilo RM17 dan timbang kebetulan ngam2 dua ekor tu sekilo. Jadi hari ini nak kongsi resepi salah satu masakan ikan patin masak tempoyak ala cara Pahang.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Gambar ikan patin masak tempoyak

Resepi Masakan : Gulai Tempoyak

Masak ikan patin gulai tempoyak

Bahan-bahan
  1. 2 ekor Ikan patin
  2. 4 Senduk tempoyak
  3. 7 Cawan air
  4. Segengam Cili padi merah
  5. 1 biji Kunyit hidup
  6. Segengam Daun kesum
  7. Garam dan perasa

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Pandangan atas, gulai tempoyak ikan patin

Cara masak ikan patin tempoyak

1 - Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup tidak terlalu lumat, sedang sedang sahaja.
Campur dan gaul bersama tempoyak hingga sebati dengan cili padi, kunyit hidup.

Masakan Ikan Patin Masak Tempoyak
Gaulkan hingga naik aroma bau tempoyak

2 - Panaskan kuali, masukkan air dan bahan yang ditumbuk tadi bercampur juga tempoyak dan biar didih.

Masakan Ikan Patin Masak Tempoyak
Campurkan ikan patin dan tunggu hingga masak

3 - Masukkan segengam daun kesum juga garam dan perasa, boleh masukkan ikan dan perlahankan api, masak ikan dalam 10 minit dan sedia dihidang.

Resepi ringkas ikan patin masak tempoyak yang kami kongsikan, senang je nak buat masakan ni, kalau dapat ikan patin boleh la nak cuba masakan Pahang yang terkenal ni.

Selamat mencuba..

Tag : Masakan

Baca : Ikan Patin Masak Tempoyak - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 18-Masakan299>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon