Khamis, Julai 02, 2015

Resepi sotong tumis kunyit

Resepi sotong tumis kunyit - Balik sahaja dari bazar ramadan Sg Hj Dorani, jam menunjukkan sudah jam 6.30 petang, biasa waktu begini untuk masak hidangan berbuka untuk hari ini. Sotong lagi kali ini dan terbaik kali ini masak tumis kunyit campur serai, daun kari ha spesial kan. Bahan sama macam masak rebus2 je tapi tetap sotong tumis kunyit letak juga cili padi. Kami kongsi juga resepi sambal sotong cili padi yang dibuat adik. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi sotong tumis kunyit

Resepi Masakan - Sambal Tumis

Bahan untuk sotong tumis kunyit

Bahan-bahan
  1. 1 Mangkuk Sotong
  2. 3 Bawang merah
  3. 2 Bawang putih
  4. 1 Serai diketuk
  5. 1 Kunyit hidup diketuk
  6. 10 Cili padi
  7. Daun kari
  8. Minyak masak
  9. Garam

Cara masak sotong tumis kunyit
  1. Sedikit minyak masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai biar masak naik bau.
  2. Sudah bumbu tadi masak dan kekuningan, masukkan sotong, daun kari, garam serta cili padi dan gaulkan.
  3. Bila sotong sudah masak dan sebati dengan bumbu tadi, bolehlah angkat.

Sotong tumis kunyit juga sangat sedap, "terima kasih sudi baca" selamat mencuba.

Baca : Resepi sotong tumis kunyit - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 16-Masakan263>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

4 comments

Jarang masak seafood. Masakan simple macam ni memang sedap dengan nasi putih pun jadi kan.

Sotong tumis kunyit makan dengan nasi putih pun sedap, terima kasih komen

Baru makan semalam tapi tak letak cili sebab takut anak taknak makan :)

Sotong tumis ni kesukaan Bro, lagi pedas lagi sedap

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon