Ahad, Julai 05, 2015

Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi sambal tumis sotong petai - Masak sambal tumis lagi, kali ini sotong besar atau sotong rendam bersambal bersama petai, sambal yang mudah disediakan dan juga sedap, sebelum ini ada buat dan juga kongsikan resepi sambal tumis udang yang mabeles makcik saya masak. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Sotong rendam ni banyak jual di pasaraya besar, boleh juga nak letak sotong biasa, banyak dan biasa dicampur dalam sambal nasi lemak. Kebiasaan harga sotong ini mahal, tapi bila ramadan harga dia murah, agak kurang permintaan buat sambal nasi lemak mungkin. Bawah ini juga kami kongsikan resepi sambal sotong mudah dan cara nak buat sambal pedas terbaik, layan.

Baca juga resepi masakan dari sotong yang kami kongsikan

Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi masakan sambal sotong petai
Petai bersama sotong masak sambal tumis

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan sambal tumis sotong petai

Bahan bahan
  1. 1/2 kg Sotong rendam
  2. 2 Tangkai petai
  3. 3 Bawang merah
  4. 2 Bawang putih
  5. 1 mangkuk Cili kering kisar
  6. 1 Halia
  7. Sedikit Asam jawa
  8. Sedikit Belacan
  9. Sedikit Minyak masak
  10. Garam secukup rasa
  11. Gula secukup rasa

Cara masak sambal tumis sotong petai
  1. Panaskan minyak, tumiskan potongan bawang merah, bawang putih, halia dan belacan hingga warnanya jadi kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi, cili kering seketika hingga naik bau dan pecah minyak, boleh juga masukkan petai.
  3. Masukkan asam jawa, garam secukup rasa perisa dan juga gula.
  4. Masukkan sotong rendam gaulkan sebati, jadi hingga sotong tadi masak dan sambal tumis tadi sudah siap untuk dihidang.

Mata sudah tidak tahan menahan lihat kemerahan sambal tumis sotong petai tadi dengan aroma yang menusuk hidung, aroma petai huhu.. selamat menjamu mata dan selera anda boleh mencuba pula, salam ramadan.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sambal tumis sotong petai - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 17-Masakan265>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon