Selasa, Julai 07, 2015

Pusat memborong GM Klang

Pusat memborong GM Klang - 5 Julai yang lalu kami berpeluang pergi ke pusat membeli belah untuk mencari barang keperluan untuk sambutan raya, tempat ini lebih dikenali dengan pemborong pelbagai jenis barangan bagi yang ingin memborong atau yang ingin berniaga ia sangat sesuai jika anda datang kesini. Jualan juga banyak terbuka untuk orang ramai yang ingin membeli belah sempena persediaan hari raya ini. Tak jumpa apa yang kami cari dari Expo Raya Sungai Besar, itu sebab kesini.

Perkarangan pusat memborong GM Klang

Perkarangan pusat borong GM Klang
Kami diluar perkarangan GM Klang

Masa kami datang ke GM Klang haritu suasana sunguh sesak dengan kehadiran orang ramai yang keluar beresak sesak, kereta penuh dan padat, parking terhad, jadi kami ambil parking kereta jauh sedikit dari Pusat memborong GM Klang. Barisan depan GM Klang terletak tempat bagi jualan barangan perkahwinan seperti aneka pelbagai jenis bunga hiasan, doorgift dan barangan keperluan perkahwinan. Tiada apa2 yang kami beli disini, hanya lihat dan tinjau sahaja.

Pusat memborong GM Klang, bahagian barangan perkahwinan

Bahagian perkahwinan
Sesi bergambar latar bunga

Selepas puas tengok bunga dan barangan perkahwinan, sudah tiba masa kami masuk ke dalam pusat memborong GM Klang, sebelum ini kami pergi shopping di expo raya Sungai Besar, tiada barang menarik untuk dibeli. Ini yang pergi jauh sedikit, masuk kat dalam, banyak jualan seperti baju, tudung, beg, jam, Kerongsang, barang kemas tiruan dan pelbagai barangan keperluan rumah. Harga borong atau nak beli satu pun boleh nak buat pilihan, kalau nak jimat beli borong, tapi kalau beli borong banyak pula barangan yang ingin digunakan nanti hmm.

Ada majlis anjuran di GM Klang

Acara membuat wau bulan
Luar GM Klang kita lihat ada festival

Festival Ramadan GM Klang, 26 JUN - 12 JUL 2015, masa kami datang mereka tengah buat hiasan serta membuat wau bulan, banyak acara menarik juga disediakan, petang ada pengagihan bubur lambuk secara percuma, tapi kami tak sempat nak ambil, balik awal sikit takut tak sempat nak berbuka dirumah nanti. Ada juga jualan seperti biskut raya, baju raya diluar dan perkarangan festival ramadan GM Klang, cuma tidak besar dan banyak pilihan.

Bazar ramadan di perkarangan GM Klang

Review ringkas kami disini, Setelah penat beli belah, masa balik kami singgah di bazar ramadan yang terletak di perkarangan GM Klang, beli la apa yang patut, dah malas masak" penat shopping" beli roti john, lauk pauk sikit, balik dari bazar GM Klang kami singgah juga di bazar ramadan pekan Kapar, sebab kat GM Klang ni bazar ramadan dia kecil sangat, tidak banyak pilihan.

Tag : Ramadan

Baca : Pusat memborong GM Klang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 23- Santai Riadah266>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon