Rabu, Julai 29, 2015

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh

Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh - Balik ke Pahang sebab nak hantar mak balik pulang ke kampung, lalu ikut jalan lama Karak, sahaja tidak melalui jalan lebuhraya sebab banyak kenangan lalu jalan ni. Hari berangsur nak mahgrib baru kami sampai ke pekan Temerloh, Pahang. Solat dulu di masjid. Selepas itu nak teruskan perjalanan pulang, mak pula lapar dan lagipun nak masak di rumah penat sebab perjalanan jauh.

Kepala ikan patin gulai tempoyak


Dalam pencarian kedai makan, adik pula teringin nak makan gulai patin tempoyak, lalu disimpang tiga jalan tepi sungai Pahang berhampiran jambatan lama, bersebelahan stesin minyak ternampak papan tanda besar di GOBANG MAJU PATIN TEMPOYAK SRI RAMPAI. Kami masuk dalam dan cari tempat duduk yang sesuai, kelkatu dan serangga berterbangan mengejar lampu, rasa rimas pun ada. Kami duduk selepas itu ada pelayan datang, katanya layan diri. Kat sini menu makanan lain tidak banyak pilihan. Hanya gulai patin tempoyak, ikan talapia bakar, ada juga sambal tempoyak dan makan dengan petai.

Sekitar gobang maju


Semangkuk gulai patin tempoyak RM12, boleh pilih bahagian mana, kami pilih bahagian kepala dan ekor. Dua mangkuk dah jadi RM24 harganya cukup untuk kami empat orang makan. Rasa kuah cukup pekat dan terasa tempoyaknya, ikan patin pun tidak hanyir dan sedikit manis, bukan selera mak saya makan manis2. Bersama sambal jika yang suka pedas sebab gulai tempoyak patin ni kurang pedas sesuai juga untuk kanak2. Nasi dengan salad dan telur masin. Gulai patin tempoyak dihidang panas. Makan keseluruhan campur nasi dan air semua kena RM42.


Kalau nak makan gulai tempoyak ikan patin boleh datang ke gobang maju Temerloh, bukan disini sahaja gerai yang menghidangkanya. Ada banyak lagi kedai makan disekitar bandar Temerloh yang sedia untuk dikunjungi jika ingin merasa kesedapan gulai tempoyak ikan patin dan semestinya di bandar Temerloh adalah yang terbaik. Kebanyakan ikan patin sangkar di sekitar, kurang hanyir banding ikan patin kolam. Kalau nak yang lagi sedap dan mahal boleh cuba patin sungai liar, tapi harganya sedikit mahal.

Habis licin gulai tempoyak ikan patin


Ini kegemaran adik perempuan, kalau dia ada mesti beli sama ada di pasar dan bazar, kalau anda ingin mencuba boleh ke link ini, resepi masakan sendiri Ikan Patin Masak Tempoyak, Selamat Datang ke bandar Temerloh, Pahang.

Tag : Jom makan

Baca : Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai Temerloh - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 24- Santai Riadah279>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon