Selasa, Julai 14, 2015

Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang

Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang - Jalan-jalan ke bandar yang terkenal dengan ikan patin di Temerloh, Pahang. Banyak jualan seperti aneka kerepek dan juga biskut raya dijual disitu. Harga pula bagi kebanyakan biskut raya sebalang RM25.00 dan harga kerepek ubi pula RM10 bagi 400gram, jauh beza dengan harga biskut raya dan kerepek di Selangor.


Masa saya ke expo Temerloh suasana sepi dengan pengunjung, mungkin mereka akan datang saat akhir atau malam hari. Masa saya datang dalam jam 3 petang. Bukan biskut sahaja, ada jualan pakaian dan juga eksesori lainya di sebelah. Tidak banyak pilihan untuk baju raya tetapi jika ingin cari bag, dompet, tali pinggang dan selipar ada juga jual disini.

Expo Raya di Temerloh tidak luas serta kecil jika nak banding keluasan expo raya 2015 Sungai Besar di dalam perkarangan stadium. Saya hanya beli tali pinggang RM20 disini. Selepas ini jika sempat nak ke bazar Temerloh pula. Cari apa yang unik disini bandar Temerloh. Gulai tempoyak semestinya terkenal dan sedap.

Tag : Ramadan

Baca : Expo Raya 2015 Temerloh, Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 10- Matlamat 276>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon