Rabu, Julai 15, 2015

Bazar ramadan Temerloh, Pahang

Bazar ramadan Temerloh, Pahang - Bandar ini kembali pulih selepas dilanda bencana banjir, banyak kedai sudah beroperasi seperti biasa, pergi ke bazar ramadan Temerloh agak lewat sedikit selepas selesai repair kereta dan juga pergi ke expo raya 2015 Temerloh, Pahang. Sudah ramai peniaga bazar ramadan mula hendak mengemas jualan, saya datang tiada apa yang ingin dibeli disini. Yang sempat hanya berbuka puasa di restaurant yang berhampiran sahaja.

Papan tanda bandar Temerloh
Kesan kerosakan selepas banjir

Kompleks Ikan Patin

Mercu tanda bandar Temerloh masih kukuh walaupun dilanda banjir teruk, bukti dan kesan dalamnya banjir tersebut. Mercu tanda baru, Kompleks ikan patin ia terletak dekat tepi sungai Pahang. Cadang nak makan gulai tempoyak ikan patin, tapi restaurant tu dah penuh, tiada tempat nak duduk dah. Jadi saya beralih di kedai yang kosong yang tidak ramai pengunjung disitu, ada juga yang berbuka di bazar ramadan dalam keadaan sedikit gelap, dengan cahaya bulan sahaja. Tetapi cukup sudah bagi mereka.

Laicykang

Laicykang bandar Temerloh

Ini laicykang di bandar Temerloh, tidak la sedap sangat, tapi boleh basahkan tekak, rasanya manis sangat sampai kena pesan ais kosong untuk campur bagi kurangkan sedikit manis. Dalam tiada bahan campuran yang menarik, hanya cincau, laicy, telur katak dan sedikit kacang tanah' tu je bahanya. Saya makan nasi goreng ayam kat sini bersama laicykang, harga kedua duanya RM10.50, mahal sangat bagi saya.


Dapat juga beli baju melayu warna purple di bandar Temerloh. Butang baju belum beli lagi, nak cari di expo raya Sungai Besar pula..hmm.

Tag : Ramadan

Baca : Bazar ramadan Temerloh, Pahang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 11- Matlamat 277>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon