Rabu, Julai 01, 2015

Bazar ramadan Sg Hj Dorani

Bazar ramadan Sg Hj Dorani - Nak cari juadah untuk berbuka puasa hari ini, cari apa yang ingin dicari di bazar ramadan kg Sg Hj Dorani hari ini yang dah masuk hari ke 14 berpuasa. Masuk je kat sini ada ketam goreng, jualan tembikai besar-besaran, satay, ayam golek, ayam percik dan pelbagai lauk pauk dan jual kuih bila puasa dan ramadan serta air minuman.

Bazar ramadan Sg Hj Dorani
Bazar ramadan Sg Hj Dorani
Ramai pengunjung di bazar

Nak beli air kelapa yang terkenal kat sini selalu kehabisan, kena datang awal sikit, roti jala kat sini best sangat. Lembut je rasa, walaupun bila roti jala tu dah sejuk. Hari ni dapat beli sup kaki ayam " sup ceker " percakapan orang jawa, yang limited dan rare kat bazar ni je ada jual sup ceker, lembut dan sedap pula.

Rangka ayam juga terbaik, sedap banding kat tempat lain, rangka ayam berempah dan digoreng hingga betul2 masak dan rangup. Lauk pauk seperti pajeri nenas, sambal terung, masak lemak cekur ikan keli, bawal sambal dan macam2 lagi yang mesti dicuba.

Kalau buah pula seperti timun gerbes Sg Hj Dorani, juga terkenal dengan tembikai susu di kawasan ini yang sangat manis. Pilihan banyak juga disekitar jalan menjual hasil kampung seperti ulam dan sayuran kampung. Bahan proses yang terkenal seperti belacan, aneka ikan masin dan macam2 lagi hasil nelayan disekitar sini.

Tag : Ramadan

Baca : Bazar ramadan Sg Hj Dorani - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 21- Santai Riadah262>www.inamurni.com Copyright © 2015

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Tinggalkan Jejak anda disini, Terima Kasih
EmoticonEmoticon