Selasa, Julai 14, 2015

Bazar ramadan Jerantut, Pahang

Bazar ramadan Jerantut - Hari yang ke 25 menunaikan kewajipan ibadah puasa, saya sekarang berada di bandar Jerantut, berada di negeri Pahang Darul Makmur. Bazar ramadan disini berbeza dari negeri selangor dan kebanyakan dari segi masakan dan makanan yang dijual. Banyak kelainan di bazar Jerantut, kalau dilihat ada ikan patin bakar, terubuk bakar dan juga gulai tempoyak ikan patin. Masak gulai serung dan macam2 kuih yang ada di negeri Pahang dan terkenal banyak masakan dari Kelantan.

Bulatan Pawang Nong, Jerantut Pahang


Ayam golek meriah, pelbagai jenis cara perapan dan bahan untuk pilihan anda ada di bazar Jerantut. Pelbagai juga jenis mertabak, paling bagus disini mertabaknya sangat tebal, banding di Selangor, mertabak disini lebih sedap, bagi saya. Sekeping mertabak daging disini berharga RM6.00, kalau di bazar negeri Selangor kebanyakan RM3.00 saiz kecil. Ada juga yang jual saiz besar tapi kurang banyak yang menjualnya banding disini. Harga pula lingkungan RM5.00 ke RM6.00 sekeping. Ada juga mertabak kambing, tapi saya malas nak beratur panjang, seumur hidup belum pernah makan mertabak kambing, uniknya bazar di Jerantut.

Ayam golek di bazar ramadan Jerantut


Nasi kerabu, masak berlauk dan pelbagai jenis lauk pauk, ikan bakar yang menaikkan aroma, cuma gambar yang tiada nak mengambarkan disini. Saya penat dan mengantuk, kurang tidur dan penat juga shopping disini, walaupun keluasan bandar Jerantut ni kecil, banyak juga pilihan disini. Masa sekarang pun musim durian, banyak jual durian dan harga murah. Tempoyak juga ada jual disini, tapi kalau tempoyak mak buat lagi sedap. Hari dah petang nak balik Jengka pula berbuka bersama keluarga disini.

Tag : Ramadan

Baca : Bazar ramadan Jerantut - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 09 / 09- Matlamat 275>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon