Isnin, Jun 15, 2015

Resepi umai ikan puput

Resepi umai ikan puput - Ikan yang tidak perlu dimasak mengunakan dapur gas, dah jimatkan duit belanja dapur' hanya potong hiris2 dah siap. Umai ini asal dari melanau dan negeri Sarawak amya. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Ikan mentah hanya cukup bahan dan perahan limau kasturi sudah siap untuk dihidang, sangat mudah disediakan dan cepat pula untuk menyediakan hidangan ini. Bahan-bahan juga sangat ringkas dan mudah, sentiasa ada didapur.

Ok jom untuk buat masakan umai ikan puput dari kami. Cadangan tidak semestinya ikan puput, boleh juga ikan bawal, ikan yu kecil, ikan pirang dan udang, sotong boleh juga' cuma rebus isi sedikit sahaja. Cekidot jom kita teruskan resepi umai ikan puput tadi.

Resepi umai ikan puput

Resepi umai ikan puput
Resepi umai ikan puput

Resepi Masakan : Masak Umai

Bahan buat umai ikan puput

Bahan-bahan
  1. Ikan puput
  2. Bawang besar
  3. Bawang putih
  4. Cili padi
  5. Limau kasturi
  6. Tomato
  7. Garam
Cara buat umai ikan puput
  1. Buang sisik dan perut hanya ambil isi ikan sahaja, hiris ikan menjadi filet dan potong sedang nipis.
  2. Hiris bawang besar, bawang putih, cili padi, tomato dan campurkan ke dalam hirisan ikan tadi.
  3. Perah limau kasturi dan letak sedikit garam atau tambahan bahan perisa.
  4. Boleh juga masukkan potongan limau kasturi dan gaul sebati , Sedia untuk dihidang.
Mudahkan, makan dengan nasi panas dan umai ikan puput ni memang sangat menyelerakan' terbaik dan sedap.

Kalau anda yang tidak pernah nampak atau kenal ikan puput boleh sahaja google, macam bawah ini rupa ikan puput yang sangat sesuai buat umai.

Ikan puput

Ikan puput
Gambar contoh ikan puput

Selain ikan puput, boleh sahaja ikan lain yang isinya putih.
Selamat mencuba.

Tag : Resepi

Baca : Resepi umai ikan puput - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 06- Masakan241>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon