Sabtu, Jun 20, 2015

Resepi sup daging cendawan

Resepi sup daging cendawan - Senang mudah cepat dan ringkas, sup daging bersama bunga kobis, tambah cendawan tiram yang sebenarnya makcik saya yang masak dan boleh juga lagi sempat saya salin resepi sup yang mudah dan sedap ini, hari ini buka puasa dengan keluarga lagi ramai2 memang rasa sedap sangat sup daging yang ringkas ini, Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Sangat sesuai makan dengan nasi panas beserta dengan sambal belacan atau kita buat sambal kicap, memang terangkat atau boleh hirup kuah dia dan makan macam sahaja pun ok juga. Nak share dan kongsi resepi yang tak seberapa ini. Sebelum ini ada buat masakan mee sup daging ala vietnam yang best kawan masak.

Resepi sup daging cendawan

Resepi sup daging cendawan
Sup daging cendawan

Resepi Masakan : Masak Sup


Bahan-bahan sup daging cendawan

Bahan-bahan
  1. Daging lembu
  2. Bunga kobis
  3. Cendawan tiram
  4. Daun sup
  5. Bawang goreng
  6. Bawang merah
  7. Bawang putih
  8. Halia
  9. Lada putih
  10. Bunga lawang
  11. Kayu manis
  12. Sup bunjut
  13. Garam
Kuantiti tak tertulis, agak-agak dengan angaran.

Cara masakan sup daging cendawan
  1. Rebus daging sampai empuk, kuali lain masukkan sedikit minyak masak.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis hingga naik bau, selepas itu siram air.
  3. Masukkan daging yang direbus tadi, selepas itu lada putih, sup bunjut. Sampai mendidih masukkan bunga kobis dan last sekali cendawan.
  4. Mendidih sedia dihidang taburkan daun sup dan bawang goreng untuk lagi kick dan sedap, garam dan perisa.
  5. Sedia untuk dihidang.
Sup yang ringkas ini sudah sedia untuk dihidang, selamat mencuba bagi yang berminat nak masak sup yang mudah cepat dan yang semestinya.

Tag : Masakan

Baca : Resepi Sup daging cendawan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 08- Masakan247>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon