Rabu, Jun 10, 2015

Resepi sotong masak stim lemon

Resepi sotong masak stim lemon - Semalam baru share resepi sambal sotong cili padi' sedap makan pedas-pedas dan panas, bahan dalam peti ais pun terhad je hari2, cari bahan apa yang ada' dan yang paling ringkas dan sedap, cepat dimasak dan cepat untuk dimakan ia juga mudah disediakam. Sotong masak stim lemon, bila rasa dimakan dengan nasi panas, sungguh menyelerakan, dibawah ada bahan-bahan untuk masak stim sotong yang ringkas lagi mudah la sangat disediakan. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi sotong masak stim lemon

Sotong masak stim lemon
Sotong masak stim

Resepi Masakan : Masak Stim

Bahan bahan sotong masak stim lemon

Bahan-bahan
  1. Isi sotong
  2. 1 biji bawang besar
  3. 5 ulas bawang putih
  4. 2 ulas serai
  5. 1 ulas bunga kantan
  6. Cili padi secukup rasa
  7. 1 biji lemon dihiris
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit gula
Cara buat sotong masak stim lemon
  1. Potong sotong nipis2.
  2. Hiris bawang besar,bawang putih, serai, bunga kantan, cili padi.
  3. Gaulkan bahan2 diatas, campurkan sedikit garam dan gula.
  4. Sediakan tempak mengukus untuk stim, biarkan panas dan masukkan bahan tadi, agak separuh masak.
  5. Separuh masak, perahkan lemon, letak lemon dan gaul, tutup sekejap hingga masak, dah siap.
Sedikit resepi ringkas sotong masak stim lemon, rasa-rasanya semua orang pandai buat dan ia sangat mudah disediakan.
Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sotong masak stim lemon - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 04- Masakan236>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon