Selasa, Jun 09, 2015

Resepi sambal sotong cili padi

Resepi sambal sotong cili padi - Balik dari candat sotong Pulau Kapas Terengganu' banyak sotong dalam peti ais yang belum dimasak, tak tau nak masak apa, bahan dalam peti ais pun terhad, cari bahan apa yang ada' dan yang paling ringkas dan sedap, cepat dimasak dan cepat dimakan haha.. Sambal sotong cili padi pedas bila dimakan dengan nasi panas, sungguh menyelerakan, dibawah bahan-bahan untuk masak sambal sotong yang ringkas lagi mudah sangat disediakan. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi sambal sotong cili padi

Sambal sotong cili padi
Sambal sotong yang sedia untuk dimakan

Resepi Masakan : Masak Sambal Tumis

Bahan untuk sambal sotong

Bahan-bahan
  1. 2 ekor sotong besar
  2. Sedikit sos tiram
  3. sedikit minyak masak
  4. 4 ulas bawang kecil
  5. 5 ulas bawang putih
  6. 7 biji cili padi
  7. 1 ulas halia
  8. sedikit garam dan perasa
Cara memasak sambal sotong cili padi
  1. Masukkan sedikit minyak masak
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk, bawang kecil, bawang putih, halia, cili padi hingga naik bau semerbak.
  3. Masukkan sotong yang ditoskan, masak sedikit sos tiram dan garam, perasa.
  4. Jangan masak sotong lama-lama nanti sotong tu liat.
  5. Sedia untuk dihidang
Sedikit resepi ringkas sambal sotong cili padi, rasa-rasanya semua orang pandai sambal sotong simple dan mudah disediakan ini. Sotong ini dapat segar masa mencandat memang sedap dan kenyal daging dia.

Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi sambal sotong cili padi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 03- Masakan235>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon