Rabu, Jun 17, 2015

Resepi mee sup daging ala vietnam

Resepi mee sup daging ala vietnam - Hari ini nak masak menu mee sup pula, cari resepi dan lihat menu di internet dan ubah suai sedikit, kat youtube punya tutorial ni' punyalah susah jugak bila nak ikut, dah la line internet slow macam siput kat sini" jadi untuk itu kami buat resepi mee sup cara ala  vietnam spesial sedikit. Menu ni makanan yang sihat, tidak berminyak sesuai juga bagi yang berdiet. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Ada campur sedikit ala melayu juga, yea la kan' dah tekak kita ni orang melayu, segar je bila tekak dapat makan mee sup yang boleh kata ringan dan ringkas je cara nak masak, Lagipun kawan serumah yang masak ni hmm, saya ni tau makan je' rahsia masak mee ni tiada bahan rempah yang banyak, ok bahan juga mudah dapat di banyak pasaraya. Kami kongsikan resepi mee sup seperti dibawah jika anda ingin rasa masakan ala vietnam.

Mee sup daging ala vietnam

Mee sup daging ala vietnam
Gambar mee sup vietnam kami

Resepi Masakan : Masak Mee / Bihun / Kuey Tiaw

Bahan sup daging ala vietnam

Bahan-bahan
  1. Mee kuning
  2. Daging lembu
  3. Perut lembu
  4. Bawang besar
  5. Bawang putih
  6. Halia
  7. Sayur sawi
  8. Tauge
  9. Cendawan putih shimeji
  10. Kayu manis
  11. Bunga lawang
  12. Buah pelaga
  13. Lada putih
  14. Sos ikan
  15. Lemon
  16. Daun sup
Cara buat mee sup daging ala vietnam


1- Rebus potongan daging, perut lembu sehingga mendidih dalam masa10 minit.
2- Sambil itu grill halia, bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga keperangan dan naik aroma.

Grill bahan diatas

Grill bawang,halia dan rempah


3- Masukkan bahan yang di grill tadi kedalam rebusan daging tadi boleh juga letak bawang putih sikit.
4- Masukkan sos ikan secukup rasa, biar mendidih masukkan lada putih yang ditumbuk halus.

Rebusan sup daging ala vietnam


rebus untuk mee vietnam
Rebus daging, dan bahan

5- Lain dari itu, celur tauge dengan air rebusan sup dan toskan dan celurkan mee di air mendidih selain itu juga sayur sawi dan cendawan shimeji.

Bahan yang dicelur tadi

Bahan yang sudah di celur

6- Biar mendidih sup tadi dan boleh campurkan semua bahan yang di celur tadi dalam mangkuk, masukkan sup yang siap masak' sedia juga untuk dihidang bersama daun sup dan hirisan lemon tadi.

Sup daging ala vietnam ni rasa puas makan, tidak rasa muak dan kalau nak rasa pedas boleh buat sos atau cili, rasa terangkat kalau makan, dah salin cubalah resepi mee sup daging ala vietnam ini pasti tak akan menyesal dan juga sangat menyelerakan.

Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi mee sup ala vietnam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 07- Masakan244>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon