Ahad, Jun 21, 2015

Resepi ketam masak lemak cili padi

Resepi ketam masak lemak cili padi - Masakan ketam yang kami buat ini resepi yang paling ringkas dan senang, kalau nak buat lagi hebat, kita belum ada rasa nak cuba buat lagi buat masa ini yang paling senang mudah dengan bahan-bahan yang sentiasa ada didapur. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Baru sahaja balik dari bazar ramadan Sg Hj Dorani, Sg Besar, kat bazar ada peniaga jual ketam goreng bersalut tepung, 3 ekor ketam goreng yang bertepung berharga RM10, baik duit RM10 itu beli ketam segar dan bila kita balik nanti boleh kita masak lemak cili padi, kuah dia boleh makan dengan nasi untuk juadah berbuka puasa untuk hari ini, alhamdulillah.

Minta maaf kalau anda rasa resepi kami ini sangat ringkas dan juga sangat mudah disediakan, tak mencabar kata orang, senang sangat, untuk ini resepi bagi orang yang tidak tau masak je, kalau yang sudah pro, pejam mata je masak ketam, ok cara untuk buat dan resepi masak lemak ketam makcik masak seperti dibawah.

Resepi ketam masak lemak cili padi

Resepi ketam masak lemak cili padi
Gambar ketam masak lemak cili padi

Resepi Masakan : Masak Lemak

Bahan untuk masak lemak ketam

Bahan-bahan
  1. 5 × Ketam
  2. 1 biji kelapa - Santan
  3. 3 ulas - Bawang merah
  4. 2 ulas - Bawang putih
  5. 1 biji - Kunyit hidup
  6. 2 ulas - Serai
  7. 1 gengam - Cili padi
  8. Garam - secukup rasa
Cara buat ketam masak lemak cili padi
  1. Belah ketam ditengah 2 bahagian.
  2. Tumbuk halus semua bumbu tadi seperti bawang merah, bawang putih, serai, cili padi dan kunyit hidup.
  3. Rebus air hingga mendidih, masukkan ketam, selepas itu masukkan bumbu yang ditumbuk tadi.
  4. Mendidih sedikit baru masukkan santan, garam dan perasa secukup rasa, selesai sedia untuk dihidang.
Dah siap masak lemak ketam cili padi paling senang ringkas mudah sangat disediakan, cubalah, makan dengan nasi panas serta hirup kuah masak lemak yang pedas dan manis isi ketam, memang terbaik dan cubalah.

Tag : Masakan

Baca : Resepi ketam masak lemak cili padi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 09- Masakan249>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon