Rabu, Jun 10, 2015

Resepi cekodok sotong ringkas

Resepi cekodok sotong ringkas - Malam ini share resepi makanan laut, sotong yang kami candat di Pulau Kapas, masih tidak kehabisan lagi, kebiasaan cekodok udang, kali ini buat kelainan sikit, sotong pun boleh dibuat cekodok, sedap tau! dan mesti sedap punya, jangan risau.. mabeles dan terbaik. Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting inshaallah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Resepi cekodok sotong ringkas

Cekodok sotong
Cekodok sotong ringkas

Resepi Masakan : Masak Cekodok / Cucur

Bahan-bahan resepi cekodok sotong

Bahan-bahan
  1. Tepung gandum
  2. Tepung cucur adabi
  3. 2 ekor Sotong, potong dadu
  4. 1 biji Bawang besar merah
  5. 10 Cili padi
  6. 2 Cili besar
  7. 5 Tangkai daun kucai
  8. 1 lembar daun sup
  9. Garam serbuk perasa
Cara buat resepi cekodok sotong
  1. Potong sotong kecil-kecil.
  2. Potong bawang, cili padi, cili besar, daun kucai, daun sup.
  3. Bancuh tepung gandum dengan air dan tepung cucur adabi dan campurkan dengan potongan sotong, dan bahan yang dipotong tadi.
  4. Gaulkan dengan sebati, masukkan garam dan bahan perisa.
  5. Sedia untuk digoreng, hingga kekuningan.
  6. Sedia untuk dihidang.
Serba sedikit resepi orang bujang, yang mudah dan pemalas, tidak perlu banyak bahan untuk buat cekodok sotong ini.. Selamat mencuba.

Tag : Masakan

Baca : Resepi cekodok sotong ringkas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 05- Masakan238>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Author di inamurni.com , suka jalan cari makan Jom Makan destinasi tempat yang menarik untuk singgah. Untuk sebarang tempahan Biskut Raya, Kerepek dan doorgift serta makanan tradisi boleh hubungi kami di talian.


TENTANG INA MURNI

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon