Isnin, Jun 08, 2015

Perjalanan kami ke Marang Terengganu

Perjalanan kami ke Marang Terengganu - 06 Jun 2015, Hari ini pengalaman baru saya yang pertama kali menjejak kaki di bumi bertuah Terengganu, lokasi tujuan kami ialah Jeti Marang. Trip candat sotong di Pulau Kapas Terengganu bercuti selama 3 hari. Masa janji sampai ke jeti jam 5.00 pm untuk bot berlepas kelautan dan perairan Pulau Kapas, bagi kami pergi mencandat sotong untuk pertama kali dan musim sotong yang sedang bermula sekarang ini. Berkumpul seramai 8 orang group kami.

Suasana damai di Jeti Marang

Jeti Marang
Keindahan pekan Marang Terengganu

Tempat tujuan Jeti Marang Terengganu

Jeti Marang
Suasana indah di waterfront Marang

Suasana di Jeti Marang

7.00 am - Berkumpul dan pergi sebanyak 2 buah kereta' sebelum berangkat' sarapan pagi, makan lempeng dulu di kg Bukit Kapar. Alas isi perut untuk perjalanan sangat jauh, 4 keping lempeng untuk saya. Haha saya memang tembolok kan.. Bincang macam mana teknik nak candat sotong, nak sedia ubat mabuk laut, peralatan yang perlu dibeli, atau yang perlu nak dibawa, harap cuaca baik dan ombak tidak beralun ganas di Pulau Kapas, takut juga dapat mabuk laut nanti, pernah pengalaman mabuk laut di trip mancing di Pulau Sembilan Pangkor Perak lalu.

Perjalanan kami ke Marang Terengganu

arah ke Kuantan


8.20 am - Kami mula bertolak ke Marang Terenganu, isi minyak penuh di Puncak Alam meneruskan perjalanan ikut jalan lama Kuala selangor - kepong dan exit ke lebuhraya guntri lalu templer park ke Selayang, Batu Caves Gombak lalu Highway pantai timur menuju ke arah Kuantan. Cuaca pada hari ini sangat baik dan ada sedikit sahaja cuaca mendung di langit.

Sekarang lalu depan Batu Caves

Batu Caves dekat dengan Gombak

9.30 am - Tol Gombak, sedikit sesak kerana mungkin hari ini cuti PH orang ramai ambil masa untuk pulang ke kampung sempena yang dipertuan agong yang jatuh pada hari ini. Ke arah Kuantan 240km, mendaki bukit jalan raya mula sesak untuk menuju ke puncak Genting Sempah, rupanya ada sebuah lori petrol rosak ditepi jalan, selepas itu perjalanan kami berjalan dengan lancar.

Lori minyak yang rosak 

10.30 am - LPT Karak, jalan lancar dan cuaca sangat cerah dan baik. Jam 11.00 am susur Temerloh teruskan lagi untuk perjalanan highway yang panjang. Jam 12.05 pm susur ke persimpangan Jabor ke plaza tol jalan sesak teruk sepanjang 1 kilometer. Dah cuaca panas hari. U turn  ke Kuala Terengganu Cheneh, Highway masih baru sahaja siap dibina, seronok dapat jalan baru.


Laluan sesak Highway ke Cheneh

12.30 pm -  Rehat di R&R baru, kawasan rehat Perasing, masih belum buka dan beroperasi atau dirasmikan. Kami rehat sebentar setelah menempuh perjalanan yang jauh, nasib ada juga gerai sementara diluar menjual air dan makanan, boleh juga nak alas perut. Beli keropok lekor dan air, buah jambu batu dan ketandas yang disediakan. Selepas rehat teruskan perjalanan yang berbaki sejam lebih. Sepanjang perjalanan banyak papan tanda amaran kabus, mungkin kawasan ini sering  berlaku kabus tebal.


R&R Kawasan rehat Perasing


kawasan istirehat
Kami singgah rehat disini

2.00 pm - Persimpangan bukit besi dan jerangau, 2.20 pm - Jalan lagi dari Persimpangan Ajil, terus lagi ke 48 km lagi ke Marang, sepanjang laluan kiri dan kanan hutan dan kebun sawit disepanjang jalan, tiada kelibat rumah atau perkampungan, stesen minyak juga kurang, jadi siap sedia kalau nak lalu minyak yang penuh.

2.30 pm - Susur persimpangan ke Kuala Telemung, belok susur kiri dan laluan Highway ini masih lagi secara percuma terus kami menuju ke Marang. Highway baru yang memudahkan penguna jalan raya yang ingin pulang ke negeri Terengganu. Jam 3.00 pm kami tiba di pekan Marang, isi minyak kereta. Terlihat banyak yang menjual kuih Akok dan satar ditepi jalan dan ada juga jual kopok lekor dan ada juga kuih nganang, pulut panggang.

Kami sampai ke Marang Terengganu

Pasar Bandar Marang - Jeti Pulau Kapas

Sampai pekan Marang, kami makan tengahari pula di Kedai Makan Zainah Marang Waterfront, setelah penat dalam perjalanan tadi.Makan hidangan sotong masak lemak, sebelum kami nak pergi candat sotong, baik kita makan sotong di Terengganu dulu.

Pasar Bandar Marang
Pasar Bandar Marang

Mencari alat untuk mencandat sotong

Beli peralatan candat sotong

Selepas makan kami cari Chalet untuk disewa. Ce'Wer Chalet dan batik lokasi di Kg Rusila, Marang jadi pilihan kali ini. Lokasi untuk kami letak barang dan penginapan dekat dengan pantai dan kelihatan Pulau Kapas yang kami ingin tuju nanti. Sebelum itu beli umpan tiruan untuk candat sotong untuk malam ini, binggung banyak sangat nak pilih yang mana sesuai untuk candat sotong, yela kami tiada pengalaman mencandat sebelum ini, dan trip ini akan balik keesokan paginya.

Tepi jalan air laut membiru

pantai marang

Tepi benteng dari chalet yang indah

Tepi chalet.. Hadapan, kelihatan Pulau Kapas dari jauh, itu tempat tujuan kami.


Sampai chalet, mandi, solat..jam 5.30 pm kami bertolak ke Jeti Marang untuk menuju ke Pulau Kapas, jadi cerita kami untuk perjalanan ke Marang selesai dan sambunganya ialah baca trip Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu akan bersambung cerita dari sini, ikuti pengalaman kami candat sotong untuk kali pertama, biasa kami pancing ikan.. Kali ini candat sotong, teruja nih..Baca juga kami pergi mencari Keropok Lekor / Keping Marang Entri ini Bersambung.

Tag : Jom jalan

Baca : Perjalanan kami ke Marang Terengganu - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 02 - Santai Riadah232>www.inamurni.com Copyright © 2014


Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

4 comments

kami pun baru balik dari marang, tapi tiada kesempatan untuk mencandat sotong.

Terima kasih berkunjung, marang pantainya indah kan

Waa...syoknye berjalan kak ina.

Yang jalan bukan Kak Ina... saya

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon