Jumaat, Jun 05, 2015

Medan Selera Tesco Kuala Selangor

Medan Selera Tesco Kuala Selangor - Di hadapan pasaraya Tesco terletak premis kedai makan dan medan selera bagi pengunjung yang datang bertamu membeli belah di Tesco. Saya dan adik mencari jagung kering untuk dibuat popcorn, Hampa! tetapi sedikit kecewa setelah puas mencarinya tetapi tidak juga ditemui. Jadi mengubati kecewa itu, kami lapar, jom makan dan menjamu selera disini.

Antara Medan Selera di Tesco Kuala Selangor seperti dibawah.
  1. Nasi campur
  2. Nasi ayam
  3. Aneka thai
  4. Hot plate
  5. Aneka mi
  6. Cool blog
  7. Restoran Hameed's - famous nasi kandar asli
Didepan tempat parking kereta di kawasan Tesco banyak gerai menjaja makanan jadi kami cuma lihat dan tengok-tengok dan beli bungkus pisang goreng cheese dan coklat chip. Antara makan malam yang kami beli dan pulun.. cekidot.

Pisang goreng cheese dan coklat chip
Pisang goreng cheese

Beli pisang goreng dah sejuk, lepas itu letak cheese, memang tak cair la keju tu, campur susu pekat manis, keju dan coklat chip, ok ini pisang abu. Rasa lemak keju manis susu dan coklat.

Antara dalam banyak kedai yang kami usha.. Ramai pula yang makan sizling atau hot plate, ini mesti sedap ni' angapan kami rasanya. Jadi kami order la.. Gambar yang tak menarik langsung' tiada warna lain selain warna hitam pekat, kicap campuran blackpapper atau lada hitam.

Kueytiaw Sizling blackpapper with mashroom and egg
Sizling kueytiaw

Betul ke ejaan tu, hentam sajalah' menu dan rasa macam makan terlebih kicap, memang banyak kicap pun.. Ayam ada telur campuran cendawan chitake dan lada hitam yang tak berapa nak pedas, campur jeruk cili padi yang masam bersama kueytiaw.. Emm rasa biasa je' serius. Pernah makan sizling yang lebih lebih sedap.

Nasi sizling blackpapper with mashroom and egg
Sizling nasi

Sama macam diatas, cuma beza nasi sahaja, terus terang cakap memang sangat sesuai dan rasa campuran dengan nasi memang serasi dari kueytiaw dan ia lebih blend dengan rasa. Harga hidangan dalam RM6.70 termasuk gst.. Lai2 jom makan.
.. Alhamdulillah

Tag : Jom makan

Baca : Medan Selera Tesco Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 15- Santai Riadah230>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon