Khamis, Jun 11, 2015

Keropok Lekor / Keping Marang

Keropok Lekor / Keping Marang - Carian bermula selepas makan tengahari di kedai makan Zainah waterfront Jeti Marang selepas Hasil candat sotong di Pulau Kapas selesai dibahagikan bila waktu tengahari kami menuju ke  Pantai Kelulut pula, kawasan sekitar pantai terdapat banyak kedai makan dan juga chalet untuk disewa. Juga premis menjual keropok di sepanjang jalan. Cari keropok tak sah, lagi dikawasan ini yang popular di kawasan Pantai Kelulut Marang, katanya keropok lekor sedap dan terbaik kawasan ini, kami pun tidak mau ketinggalan untuk rasa keropok lekor yang paling sedap dan yang terkenal mempunyai peminat yang ramai. Terliur dah ni nak balik nanti makan kopok selepas penat trip kami pergi Candat sotong Pulau Kapas Terengganu .

Mercu tanda pekan Marang Terengganu

Pekan Marang Terengganu
Mercu tanda pekan Marang Terengganu

Banyak jual keropok sepanjang jalan di Marang

Pada sesiapa yang pernah melalui kawasan Marang, pasti tidak terlepas melihat betapa banyaknya gerai keropok dan hasil laut hanya ditepi jalan, mula dari Pantai Kelulut, Rhu Muda, Seberang Marang, Marang Paya, Kijing, Rhu Rendang, Rhu Sila, Rhu Dua, Rhu Renggeh ada berapa jumlahnya, tapi kalau ada lebih dari 30 gerai. Chalet dan rumah tumpangan pun banyak, kerana Marang ini adalah kawasan yang berpantai, dan pulau kapas jelas kelihatan dari kawasan tepi pantai jelas kelihatan jika cuaca berkeadaan baik.

Cari lokasi dan tempat keropok lekor / kering di Marang

Orang marang pasti tahu dimana nak dapatkan keropok keping dan keropok lekor yang sedap dan betul betul puas hati nak makan, bagi orang luar dari kawasan marang yang ingin tahu, Jika keropok lekor yang famous adalah Keropok Lekor 008, ia terletak ditepi jalan di kawasan pantai semarak, kelulut, berhampiran rumah rehat semarak, kalau dari jauh sudah kelihatan ramainya pelanggan beratur, lebih kalau hari cuti. Nak beli tak kesampaian sebab orang sudah beratur panjang, jadi batalkan hasrat itu termasuk saya. Tak mau baratur kami ke lokasi kedua, ke kilang keropok keluarga Dani.

Lambang keropok di Marang

Trademark kedai ini adalah bangunannya berwarna kuning, keropok lekor kat sini memang unik, keropok lekor losong pun kalah. Keropok lekor 008 ini amat lembut isi dan rasa ikan memang jelas terasa, pelanggan boleh pilih nak Keropok Lekor Wakaf Kuning atau keropok lekor 008 contohnya bukan saja terkenal namanya. Banyak juga dapat liputan dari blogger dan alam maya. Resepi kelembutan isi dalamnya adalah rahsia, tiada orang dibenarkan masuk kedalam premis untuk melihat proses dan cara pembuatan, cuma dari jauh kita boleh lihat pekerja sedang buat menguli dan menggentel keropok lekor sebelum direbus dan digoreng, pilih mana yang anda mahu.

Perjalanan sekitar pekan Marang

Baca juga Perjalanan kami ke Marang Terengganu, Hanya dalam dua hari di Marang yang boleh tahan luas kawasannya, mula dari sempadan marang dungun di Kuala Abang hinggalah ke sempadan Marang Kuala Terengganu di sekitar Chendering, tapi marang yang dirujuk orang adalah dari Pantai Kelulut hingga Kampung Rusila Marang dimana Chalet yang kami sewa, yang benar adalah bandar Marang yang ada replika sotong dan udang, kerang mulai dari jambatan Marang (dari Dungun) dan dari trafic light Marang(dari Kuala Terengganu, itulah bandar Marang.

Tak dapat keropok lekor 008 kelulut

Keropok Kelulut 008 Marang
Kami dah sampai di 008 Kelulut, tapi ramai orang

Sebab ramai sangat yang berbaris panjang nak keropok lekor, sekarang masuk bab keropok keping marang, yang paling terkenal dan tersohor adalah keropok lekor perusahaan keluarga Dani, terkenal dan mampu buat sesiapa sahaja teruja dengan kerangupan dan rasanya.

Kelebihan keropok di Terengganu

Kelebihan keropok keping keluarga dani terletak pada rasa dan saiznya yang mengembang 3x ganda apabila digoreng, amat rangup dan rasanya amat sedap, tapi tidak boleh dibiarkan terdedah lama selepas digoreng, nanti lemau atau masuk angin, keropok yang belum digoreng boleh tahan setahun, boleh dimakan begitu sahaja jika perut tahan. Kerana keropok itu telah direbus, dihiris, dijemur, dan dipek kan, rahsia kesedapan keropok ini adalah kerana mereka hanya menggunakan satu jenis ikan sahaja, tidak dicampur dengan ikan lain dan jika mereka guna ikan tambang, maka ikan tambang sahaja digunakan, jika ikan buru, ikan buru sahaja digunakan, jika ikan parang, maka ikan parang saja digunakan, tidak boleh dicampur dengan ikan lain kerana ia akan menyebabkan keropok hancur dan patah ketika direbus dan rasa juga akan kurang sedap jika dicampur, lagi satu, mereka tidak menggunakan mesin pengasing tulang sebaliknya menggunakan tenaga manusia, adi air dalam isi ikan akan kekal berbanding jika menggunakan mesin, air dalam isi ikan akan turun kebawah mesin menyebabkan keropok menjadi tawar.

Rahsia keropok di Marang

Mereka jarang sekali menggunakan penambah perisa, dan jika mereka guna, jumlahnya amat sedikit berikutan keadaan ikan yang telah lama disimpan atau ikan yang diperolehi telah lama disimpan dalam ais, jika ikan tersebut adalah segar, mereka hanya menggunakan sagu, garam dan tepung ubi sahaja, bau semerbak itu memang best, terutama selepas direbus, tapi ia bukan keropok lekor, jadi saiznya amat besar bagi sebatang keropok tu adalah lebih kurang 1 kilogram lebih besar dari biasa.

Kilang keropok di Terengganu

Kilang keropok tersebut yang letaknya cuma beberapa km dari Pantai Kelulut dan satu lagi keunikan adalah keropok yang dihiris dengan mesin penghiris itu akan dijemur dibawah cahaya terik matahari selama lebih kurang 7-9 jam, lebih. Dijual dalam paket 1 bag RM8.00 dan saya beli 4 bag keropok untuk dibawa pulang.

Lokasi kilang keropok di Marang

Lokasinya adalah di kampung seberang marang, jika nampak masjid seberang marang, masuk kiri dari dungun atau masuk kanan jika dari Kuala Terengganu jika nak mudah, tanya orang kat situ mana keropok Haji Bakar atau keropok keluarga Dani, dekat pek tertera keropok cap ikan keluarga Dani, nak beli ' jangan beli sikit kerana ia tidak dijual di pasaraya, susah nak cari kat mana-mana kedai, pernah diberitahu bahawa keropok selalu orang luar terengganu akan datang borong banyak.

Cadangan jika nak beli keropok

Jika mahukan keropok Marang, ingat dua nama ini, untuk keropok lekor KEROPOK LEKOR GERAI KUNING - KEROPOK LEKOR 008 untuk keropok keping, KEROPOK KEPING KELUARGA DANI, CAP IKAN - KEROPOK HAJI BAKAR.

Keropok keluarga Dani cap ikan
Keropok keluaran keluarga Dani, Cap Ikan

Panggilan nama keropok

Keropok lekor kalau di belah negeri Terengganu dipanggil keropok gete atau keropok gonde, tapi sekarang semua sudah panggil keropok lekor, cuma orang tua dia panggil gete atau gonde, selamat mencari keropok. Selesai beli keropok kami berangkat pulang dari Marang menuju ke Selangor kampung halaman kami.

Tag : Jom jalan

Baca : Keropok Lekor / Keping Marang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 05 - Santai Riadah239>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon