Jumaat, Jun 19, 2015

Jual kuih bila puasa dan ramadan

Jual kuih bila puasa dan ramadan - Bila tiba sahaja bulan ramadan menjelma dengan banyak sekali dimana tempat sekeliling kita menjual pelbagai kuih beraneka jenis rasa dan bentuk yang sangat meriah sekali. Bazar ramadan salah satu tempat tumpuan orang ramai mencari juadah berbuka puasa bagi yang sibuk dan tiada masa memasak sendiri dirumah.

Contoh gambar bazar ramadan Meru

Bazar ramadan lokasi di Meru
Ramai orang mula banjiri bazar ramadan mencari juadah berbuka

Meriah dengan tumpuan orang ramai mencari juadah berbuka puasa
Apabila peniaga mula menjual kuih untuk dijual di bazar ramadan dan kawasan sekitar perumahan dan ada yang ditepi jalan atau setiap simpang jalan, kuih yang kita tidak pernah lihat pada hari biasa, boleh wujud, rajin betul mereka mengolah atau cuba membuatnya.

Contohnya cerita apa ada dengan nama kuih yang saya baru kongsikan haritu' itu lawak untuk kuih, bagi contoh sahaja. Ok berbalik cerita pelbagai jenis atau dengan nama yang unik dan rupa yang berbagai dan semestinya kuih tradisi kita antara yang terbaik sekali.

Jual kuih untung ke?

"Gila tak untung" Nak kata tak untung, tak juga' ramai sahaja peniaga yang menjualnya bila tiba bulan puasa dan ramadan. Sedap tak sedap belakang kira dan itu lain cerita' janji boleh buat duit dan untung berganda, boleh buat duit raya, tak habis jual hari ini' boleh jual esok.. Ha nampak tak berkat bila berniaga' harap peniaga jujur.

Harga kuih di bazar bagi tahun ini juga pula diharap sama macam tahun lepas, Harap turun harga, tapi jangan harap' jangan ada yang jual mahal dan lagi naikkan harga atas alasan gst pula. Tidak pun kurangkan bahan pada kuih dan kecilkan saiznya, walaupun harga sama tapi berbeza rasa dan kuantiti pada yang tahun lepas.

Pengalaman di bazar ramadan pertama

Cerita bila nak pergi bazar ramadan pula, tau pula perut tu dah kosong dan nafsu tak berkunci, semua makanan di bazar nak dibeli aka diborong sepuas hati. Bila tiba waktu nak berbuka, makanan yang dibeli tidak habis dan selepas itu proses buang dalam tong sampah. Pembaziran yang sangat tidak baik pada bulan mulia ramadan dan yang sederhana itu lebih baik pada bulan ini.

Diatas juga ada cakap untung bila meniaga di bazar masa ramadan ini, tapi peryataan diatas salah adalah sama sekali tidak tepat. Ada sahaja yang meniaga di bazar ramadan tidak laku, mungkin tidak buat kajian atau boleh juga persaingan dan juga boleh jadi juga tapak yang tidak berapa sesuai.

Top carian orang ramai dan makanan popular di bazar yang saya suka cari, atau mesti beli dan ada jual pada hari pertama di bazar ramadan.

Contoh apa yang banyak di bazar ramadan
  1. Mertabak
  2. Roti john
  3. Popia basah / kering
  4. Nasi briyani
  5. Ayam percik
  6. Ikan bakar
  7. Nasi lemak
  8. Sate ayam / daging
  9. Kuih muih
  10. Aneka jenis minuman
  11. Ayam golek
  12. Kambing golek
  13. Apa yang bergolek saya makan huh.. Tokiyaki pun ada?

Contoh je ni, banyak lagi dari atas tak tersenarai, Tercabut jari nak menaip panjang gara-gara apa yang dijual di bazar ramadan. Sebut nama kuih masin atau manis akan laku dan laris bila tiba ramadan. Anda apa pula, boleh share apa yang anda cari di bazar ramadan.

Salam ramadan pada semua
Selamat berpuasa pada seluruh umat islam di Malaysia dan dunia amnya, Berkongsi pahala dan ganjaran hari pertama berpuasa.

Hari ke-1: Semua dosa akan diampuni oleh Allah SWT, baik yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Akan meninggikan derajat berlipat ribuan. Dan membuatkan untuk kalian lima puluh ribu kota di surga.

Selamat berpuasa semua dan kami kongsikan juga jadual  berbuka dan imsak Selangor 2015 .

Tag :  Ramadan

Baca : Jual kuih bila puasa dan ramadan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 19- Santai Riadah246>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon