Rabu, Jun 10, 2015

Hasil candat sotong di Pulau Kapas

Hasil candat sotong di Pulau Kapas , Terengganu - Sambungan dari cerita pengalaman perjalanan kami hingga berada di Marang dan pergi ke tengah lautan untuk membuat trip Candat sotong Pulau Kapas Terengganu yang lalu. Kali ini nak cerita tentang hasil candat sotong yang kami dapat dan juga gambar sotong saiz besar dan mega yang berjaya kami candat serta naikkan begitu juga cerita perjalanan pulang kami kedaratan atau pekan Marang.

Hasil candat sotong Pulau Kapas

Hasil Sotong
Hasil kami mencandat malam itu

Beza besar sotong
Perbezaan saiz sotong dan botol air 1 liter

Bangun dari tidur

Sambungan saya dari tertidur lena dibuai ombak, pada jam 5.00 am, bangun dari tidur sebab sudah rasa kesejukan apabila badan terkena embun, dan angin waktu pagi itu. Matahari akan terbit tidak lama lagi, dan sempat melakukan kewajipan. Selepas itu sambung lagi candat sotong, joran entah kemana campak, pinjam joran kawan yang masih lena dibuai mimpi.. Alhamdulillah tidak sampai seminit umpan kedasar telah disambar 2 sotong serentak.. Teruja tak terkata.. Selepas itu sambutan sotong yang kami candat hambar.. Puas menunggu, nak cuba main apollo pagi2, mana tau untung nasib dapat ikan.

Cuba nasib main apollo pula

Apollo dicampak dengan umpan sesunggut sotong, tidak sampai seminit disambar ikan, rasa dah macam dapat ikan besar' hanya seekor yang naik, ikan kerisi merah lewat pancing kami, tekong mula beri arahan simpan peralatan, bot sudah dihidupkan enjin, tanda tamat trip candat sotong kami di perairan Pulau Kapas.

Perjalanan pulang ke Marang

kelihatan Pulau Kapas
Pandangan Pulau Kapas pagi2

Perjalanan pulang dari Pulau Kapas
Onway untuk pulang ke Jeti Marang

Jam 7.00 am bot gerak pulang ke pantai Marang, melalui tepi Pulau Kapas, dapat dilihat pandangan cahaya matahari terbit timur yang menerangi Pulau. Bot yang lain juga banyak berangsur pulang ke jeti menandakan tamatnya trip candat sotong kami kali ini. Sekali lagi lalu ditepi Pulau Kapas disinari mentari terbit matahari.

Gambar sotong yang berjaya dinaikkan

Selfie bersama sotong
Selfie bersama sotong

Selfie bersama sotong
Hasil candat sotong yang lumayan

Selfie bersama sotong, dalam perjalanan pulang, lihat hasil candat sotong kami di dalam peti, boleh tahan hasilnya. Malam semalam tak sempat nak bergambar bersama sotong, masa nak balik baru sibuk nak bergambar dengan sotong2 yang kami candat malam tadi. Sotong dalam box gambiran..Selfie bersama sotong di perairan Pulau Kapas.

Bot sudah sampat ke pantai

Pulang dari candat sotong
Naikkan peralatan dan hasil ke bot kecil

Jeti Marang
Alhamdulillah selesai mendarat

Dapat lihat group lain yang baru juga pulang dari mencandat sotong, kebanyakan orang luar dari daerah Terengganu. Sudah sampai ke pantai, masa untuk pengagihan sotong yang kami candat semalam. Sotong dibahagi sama rata, pada semua peserta group trip kami kali ini. Setelah penat melayan dan candat sotong malam tadi, ke banyak layan tidur huh.. Haha..

Pantai Marang
Bot di Pantai Marang

Sotong yang dicandat
Berbagi hasil laut

Selesai pengagihan, mula nak cari sarapan pagi.. Kami sekali lagi ke pekan Marang, kedai makan Zainah waterfront, ada yang order roti canai sebelah, adik cakap sedap roti canai dia, saya makan nasi lemak ikan tongkol.. Selesai sarapan kami balik semula ke chalet untuk istirehat dan mandi, ada yang tertidur kepenatan berjaga malam mencandat sotong.

Restauran Zainah Marang
Kedai makan Zainah

Tengahari, nak beli ole2 dan cari kopok atau keropok losong ke lekor.. Cakap disini keropok 008 kelulut sedap dan juga terkenal di sekitar Marang dan Terengganu. Jadi rancangan kami untuk kesana. Bersambung.. Entri cari Keropok Lekor / Keping Marang Terengganu.

Tag : Jom jalan

Baca : Hasil candat sotong di Pulau Kapas - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 04 - Santai Riadah237>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon