Isnin, Jun 08, 2015

Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu

Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu - Mula bersambung dari perjalanan kami ke Marang Terengganu, Bertolak dari chalet ke Jeti Marang untuk mula trip candat sotong group kami berjalan, jarak tidak jauh dari sini, hanya ambil masa 5 minit sudah sampai ke lokasi bot dan tekong yang menunggu untuk membawa kami ke perairan sekitar Pulau Kapas Terengganu. Di jeti sudah terlihat banyak bot nelayan yang pelbagai aneka saiz bentuk dan warna.

Perjalanan ke Pantai

Candat Sotong
Kelihatan banyak bot nelayan

Candat Sotong Pulau Kapas
Banner peserta candat sotong Pulau Kapas

Perjalanan ke tengah lautan

Jam 5.30 pm tekong bot sudah sedia mula menunggu dan kami juga mula sibuk menaikkan peralatan masing-masing diatas bot kecil menuju ke bot besar. Ramai peserta mula memenuhi pantai dari group lain juga pergi untuk mencandat sotong pada musim tahun ini,  Sambungan cerita pengalaman kami dari  Perjalanan ke Marang Terengganu untuk trip candat sotong ke Pulau Kapas 2015. Jet ski petang itu pun turun, untuk bermain di dalam kawasan sekitar. Luar jeti juga dibina tembok bagi menghalang ombak besar menghanyutkan bot nelayan disini.

Candat Sotong Pulau Kapas
Suasana meriah dengan peserta candat sotong

Suasana indah Jeti dan bot di Marang


Teruja nak candat sotong nih..

Bot mula gerak ke perairan Pulau Kapas

Melalui Pulau Kapas Terengganu

Saya duduk depan sekali..best

Bot kami bertolak juga melalui Pulau Kapas dan dapat dilihat ada rumah dan chalet di pulau, pokok dan batuan dengan bentuk yang cantik mengamit pandangan kami, lihat matahari terbenam dibelakang bot, tanda hari sudah masuk senja, bot lain juga banyak menuju ketengah laut untuk trip candat sotong mereka dan tak lupa juga niat kami untuk datang kesini dengan hasil candat yang lumayan.

Keindahan alam
Pulau Kapas di kejauhan, indahkan

Bermula untuk candat sotong di Pulau Kapas


Lebih kurang hampir sejam perjalanan tekong bot terus memberhentikan bot dan sauh pun dilabuh. Tanda pertama candat sotong bermula kira-kira 7.00 pm. Kami hulur joran masing-masing, air laut juga tenang hari ini, ombak juga tidak beralun dan kami boleh candat sotong dengan senang hati. Kawan masing-masing galak melayan candat sotong saiz mega, jarang tengok sotong yang besar' tu jakun sikit, sumpitan sotong mengamit memori berada disini, ia memang seronok. Saya masih lagi tiada rezeki untuk candat sotong yang pertama. Lesen belum ada nih.. Sabar.

Hari semangkin senja, Bot kami mula berlabuh

Lampu bot dipasang, untuk menarik kehadiran sotong, umpan yang berkilat dan bercahaya dapat menarik perhatian sotong untuk menyambar umpan, ada pelbagai jenis warna umpan untuk candat sotong, tapi masih tak tau yang mana terbaik.

Sotong sudah sunyi sepi, kemana mereka

Malam tenang, hasil candat sotong kami juga di perairan Pulau Kapas permulaanya galak menjadi kurang, sedikit. Saya dapat candat sotong yang kecil untuk pengalaman pertama dan yang berikut dapat candat sotong yang agak lebih besar. Gembira juga walaupun rakan lain dah berjaya dengan hasil yang sedikit lumayan. Ini pun sebab bertukar joran yang lebih lembut dan ringan sedikit. Mungkin perambut rapela dan kekili yang dipilih  tidak sesuai digunakan untuk candat sotong di perairan Pulau Kapas dan nasib juga lantai dasar laut landai dan tidak berbatu, selamat sikit daripada sangkut dan tengelamkan rapela perambut dan kekili candat kami. Tekong juga ada mengajar cara membuat perambut yang sesuai jika ingin mencandat sotong di sini.

Makan malam dilautan, masak dilaut, makan dilaut

Makan malam dalam bot, memang best.. Lapar je rasa perut, tekong masak kari sotong dan ikan haruan tasik yang berjaya dipancing malam ni, memang rezeki kami hari ini, bau dari aroma kari' lagi-lagi di tengah laut..hmm susah di bayangkan lagi nak dapat pengalaman macam ini. Makan malam dengan selera sekali dan selepas saja makan kami berangkat ke lokasi kedua dan jarak sedikit jauh ketengah lautan, harap dapat candat sotong yang lebih besar lagi bila ketengah. Lampu dari bot lain jelas kelihatan di kejauhan, seperti pesta dari tapak pasar malam. Teruja pergi lokasi kedua untuk candat sotong yang lebih besar dan jumpa lubuk sotong" ada ke lubuk sotong kat Pulau Kapas ni.

Bergerak ke lokasi kedua, tumpuan bot group lain

Meriah malam hari dilautan

Jam 11.30 malam, gerak ke lokasi kedua jauh ketengah, nak mula candat sotong, malangnya habis tali joran saya menjadi mangsa, tidak cukup panjang untuk sampai kedasar lautan. Rugi umpan dan perambut rapela yang baru dibeli di pekan Marang untuk candat sotong malam ini hanyut kelaut. Jam menunjukkan ketengah malam, sotong banyak juga dapat di candat, suasana meriah dengan bot lain yang turut beraksi mencandat sotong pada malam ini. Sesekali mencuba nasib campak joran berumpan untuk memancing ikan.

Rasa tarikan sotong Pulau Kapas

Bot peserta candat sotong yang lain

Tekong bot juga mencandat cara sendiri, selain dapat sotong jarum yang panjang, kami dapat juga 4 sotong katak, kadang dapat candat 2 sotong serentak, tarikan lemah tak macam kita mancing ikan, tapi bila dapat sotong, perasaan gembira tak terkata. Sotong yang dicandat ada yang berwarna sedikit merah dan ada juga yang berwarna putih. Kawan ada yang ingin mancing ikan bila tiba sambutan sotong menjadi hambar.
Mata dah mula mengantuk

Jam 1.00 mata dah ngantuk sangat, mungkin kesan dari ubat mabuk laut yang saya makan, kawan ada yang dah tidur cari port masing- masing atas bot, tempat nak baring memang terhad diatas bot, jadi saya baring atas bumbung bot, bot berayun macam kena buai, lagi layan mata yang sudah mengantuk dan penat kami dalam sambungan perjalanan kami ke Marang Terengganu siang tadi terus candat sotong kesini, lewat malam berlabuh lalu saya terlelap dan tertidur. Bersambung, baca juga Hasil candat sotong Pulau Kapas Terengganu di entri selepas ini.

Tag : Jom jalan

Baca : Candat Sotong Pulau Kapas Terengganu - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 03 - Santai Riadah233>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon